Thursday 24 April 2014

Black-Eyed Peas - 24 April 2014

Assalamualaikum.

Hari ini The Gartner nak share gambar pokok Black-Eyed Peas yang sudah mula berbuah. The Gartner hanya tanam satu sahaja pokok ini sebagai percubaan. Mungkin boleh cuba tanam lebih banyak di masa akan datang sekiranya rasanya sedap.

Pokok ini mula berbunga around 6 April 2014 yang lepas dan The Gartner ada ceritakan dalam update yang lepas (click here to read).

Black-Eyed Peas, 6 April 2014
Black-Eyed Peas, 24 April 2014
Saiz pokok ini lebih kurang sama tinggi dengan pokok kacang panjang renek tetapi batangnya lebih keras dan ianya tumbuh secara menegak. Cabangnya juga tak banyak seperti pada pokok kacang panjang renek.
Gambar di bawah menunjukkan buah atau seed-pod yang ada pada pokok ini. Rasanya pokok ini lebih sesuai ditanam di dalam pasu yang diletak di atas tanah berbanding kacang panjang renek kerana buahnya yang tidak terlalu panjang sehingga mencecah tanah.

Seed-pod yang baru terbentuk.
Seed-pod yang sudah matang.
Gambar di bawah ini pula menunjukkan buah yang telah tua. Rasanya kacang-kacangnya masih boleh dimakan so I'm just going to keep these for later use. Nak tau sedap ke tak, rasanya The Gartner nak kena bagi The Baby makan dulu. Kalau dia suka, sedap laa tu. Hee.

Seed-pod yang terlebih matang.
Seed-pod yang terlebih-lebih-lebih matang.
So, that's all for now.

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, silakan.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

4 comments:

  1. Salam Tarique,

    Untung lah.. takde kucing korek tanaman like mine :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey,

      Memang tak ada yang mengorek..yang membaja ada laa..

      Delete
  2. Salam...
    penah tnm black eyed pea ni...sempat tuai sekali je...pastu mati...mcm tk thn pokok dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Owh..saya cuba dulu tengok..kalau mati kena tanam balik yang baru lah..hee..nasib baik benih banyak..

      Delete