Saturday, 18 October 2014

Mulberry Galak Berbuah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pokok Mulberry di depan rumah The Gartner tengah galak berbuah sekarang. Sebelum ini The Gartner jalankan hard-pruning dan cabut kebanyakan daun pada beberapa batang utamanya. Selepas beberapa lama, banyaklah tunas-tunas baru yang muncul bersama-sama putik-putik buah mulberry.

Gambar di bawah ini The Garner ambil semasa tunas-tunas baru itu muncul. Ingatkan macam baru sahaja, rupa-rupanya awal bulan September lepas. 

Mulberry, 7 September 2014
Genap sebulan kemudiannya, The Gartner sudah dapat memetik some of the fruits yang dah masak dan separuh masak. Kali ini agak lebih excited kerana saiz buahnya yang besar dan panjang. Ada buah yang panjangnya melebihi 1 inci. Sebelum ini, kebanyakan buah yang The Gartner petik kecil-kecil sahaja.

Mulberry, 7 October 2014
Mulberry, 7 October 2014
Gambar di bawah ini adalah hasil petikan pertama untuk kali ini. Alhamdulillah, besar-besar dan juicy buahnya. Yang paling suka tentulah The Baby. Yang belum masak pun disebatnya.

Ada kawan-kawan yang bertanya, baja apa yang The Gartner gunakan untuk pokok mulberry ini. Kali ini The Gartner hanya letakkan sedikit baja tahi ayam semasa buah pada peringkat putik. Baja foliar langung tidak digunakan seperti sebelum ini. Saiz buah yang lebih baik kali ini mungkin juga disebabkan nutrien daripada kompos di dalam raised bed segera (click here to read) yang The Gartner letakkan berdekatan pokok mulberry ini mengalir keluar semasa disiram.

Mulberry, 7 October 2014
Haa..yang gambar kat bawah ni - tukang kutip buah mulberry. Sampai saja dari rumah babysitter, terus lari ke pokok ambil buah-buah yang boleh dicapainya, tak kiralah dah masak ke belum. Dah tu, terus dingapp saja, tak sempat-sempat nak diminta cuci dahulu.

Ambil buah tanpa kebenaran.
Tak cuci, terus makan saja.
Lebih kurang seminggu kemudiannya, The Gartner petik lagi sekali bila ternampak buah-buahnya dah mula bertukar warna menjadi hitam. Saiz buah petikan kali kedua juga agak besar. Alhamdulillah. Sebenarnya banyak yang dikutip throughout the week tetapi The Gartner tak snap gambarnya sebab The Baby tak sabar-sabar nak makan. Secara keseluruhannya, buah yang terhasil kali ni sangat menjadi berbanding dengan sebelum ini.

Mulberry, 13 October 2014
Dengan kedatangan hujan yang kerap di kawasan Kajang last few weeks, pokok mulberry The Gartner makin merimbun. InsyaAllah, hujung minggu nanti akan dipangkas dahan-dahan yang beyond control. Hahaa.

That's all for now. Until laters.

Thanks. Gardening Rocks!
 

9 comments:

  1. Yang dah kehitaman tu manis gula... sedap dan juicy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess..sangat juicy..tapi saya lagi suka yang masam-masam manis tu..hee..

      Delete
  2. tukang kebun junior pun tak sabar2 nak rasa buah mulberi yg papanya tanam,,ke hari2 dia kutip makan dah sebelum ni sebab suka buah mulberi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari-hari dia kutip..kalau tak bagi menangis pulak..haha..

      Delete
  3. comei je the BABY kutip mulberi...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bagi pun dia nak jugak..tak dapat buah, daun dia cabut..

      Delete
  4. Salam Tarique,

    He he, anak dara dah capai dulu ya buah mulberi! Besar2 buahnya! Dah ngap dulu baru toleh ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kali ni besar-besar buahnya..dia lah yang banyak makan buah tu..

      Delete
  5. saalm.....seronoknya sambil petik sambil makan mulberry tu

    ReplyDelete