Assalamualaikum.
Alhamdulillah. These past few weeks diisi padat sehingga tak sempat nak menaip untuk blog Backyard Gartner ini. Walaupun bebanan kerja makin kurang, The Gartner semakin hari dilanda penyakit keletihan melampau sehinggakan selalu tertidur awal selepas pulang dari tempat kerja. Tanaman di belakng rumah juga semakin lama semakin terabai. Hahaa.
Pertengahan bulan September, The Gartner sibuk dengan kerja di pejabat. Minggu selepas itu, dihantar pula ke Sarawak untuk training. Ingatkan nak update blog dari sana, tetapi tak menjadi juga. Balik ke hotel saja, terus tertidur sampai ke pagi. Di hujung minggu pula, sibuk dengan urusan lain. Last week, balik beraya di Alor Setar. Alhamdulillah, minggu ini juga sibuk tetapi The Gartner dah azamkan untuk update something to get back into my routine.
Gardening is my passion. Dan atas sebab itu, The Gartner rehatkan dulu tentang Jualan Live since it drains away semangat Plant Them All yang menjadi asas dan sebab utama The Gartner put up this blog at the first place. InsyaAllah. Cuma..sekarang banyak gila pokok di Backyard Garden sampai The Gartner sendiri pening bila tengok. Hahaa.
Backyard Garden, 10 October 2014 |
Hahaa..semak tak? Pokok Kari yang merimbun telah dipangkas disebabkan ianya menghalang cahaya matahari. Raised bed The Gartner pula sekarang ni dah jadi tempat meletak polybag memandangkan The Gartner dah pasangkan sprinkler (yang berfungsi ikut suka hati..lebih kepada tidak berfungsi sebenarnya). Hajat nak menanam sayur-sayuran daun masih ada tetapi mungkin The Gartner akan tukar kaedah kepada menanam di dalam tong styrofoam instead of tanam di atas tanah. InsyaAllah.
Backyard Garden, 10 October 2014 |
Di bahagian ini juga semakin sesak dengan bekas yang The Gartner gunakan untuk semaian. Sampaikan ruang untuk buat kerja dah semakin kecil. Belum ada masa nak reorganize kesemuanya.
Limau Nipis, 10 October 2014 |
Alhamdulillah. Pokok Limau Nipis yang The Gartner tanam di dalam tong styrofoam berbuah dan mula mengeluarkan pucuk baru.
Cherry Tomato, 10 October 2014 |
Ini pula adalah Cherry Tomato daripada jenis yang The Gartner tanam pertama kali dulu. Masih ada benihnya daripada beberapa biji buah yang terakhir. The Gartner sendiri tak ingat bila ianya disemai tetapi pada peringkat awal, ianya terbantut disebabkan tanah yang kurang sesuai. So, walaupun sekarang ini tingginya belum sampai 1 kaki, ianya sudah mula berbunga. InsyaAllah, The Gartner akan pindahkan ke bekas yang lebih besar nanti.
Belalai Gajah, 10 October 2014 |
Ini pula adalah semaian batang-batang pokok Belalai Gajah pemberian dari jiran setaman. Currently, kesemuanya masih belum mengeluarkan daun yang matang. The Gartner akan ceritakan more about this plant later. InsyaAllah.
Wild Capsicum, 10 October 2014 |
Finally, this is the current state pokok Wild Capsicum yang kebanyakan buahnya sudah masak. The Gartner dah petik some of them previously dan simpankan benihnya. Lepas ni pun nak kena kutip lagi.
|
|
The Gartner dah cuba makan Wild Capsicum ni. Pedasnya sama macam cili padi biasa. Sekarang ini kutu daun dan white fly mula menghurung pokok. The Gartner pula kurang kesempatan nak membelek pokok so pokok ini pun terbiar melayan serangan perosak. Pokok ini pun The Gartner nak transferkan ke bekas lain sebab nak tanam semula Cherry Tomato. Hee..
That's all for now.
More updates coming later. InsyaAllah.
Gardening Rocks!
salams kenal,
ReplyDeletesegar mata saya tgk pokok2 hijau hasil tanaman gartner :).
Salam kenal kepada AMIIZAA juga. Alhamdulillah, kalau kena tekniknya InsyaAllah menjadi.
DeleteStill terjaga gak tanaman tu, rumput2 pun x panjang lagi :), bestnya tgk pokok limau nipis tu berbuah lebat...
ReplyDeleteNak kena operasi nih..semak mata menengoknya..Alhamdulillah..lama saya tunggu baru berbuah..tapi belum merasa lagi buahnya..
Deletecantik color wild capsicum tu...kami punya gone with the wind...hehehe
ReplyDeleteselamat menyingsing lengan ya...ngeee
Memang cantik..nak petik pun sayang..kalau nak benih sila emailkan alamat kepada saya..InsyaAllah, saya akan usahakan untuk pos.
DeleteWild capsikum banyak betul...walaupun pokok nampak mcm kecik kan? Limau nipis berapa lama da gartner tanam..dah berbuah!
ReplyDeleteAlhamdulillah..banyak sebab belum petik..hee..limau nipis tu asal dari tut..beli di Mersing bulan December 2013..lama jugak laa baru dia nak berbuah..hahaa..
Delete