Assalamualaikum.
Kali ini The Gartner nak sambung cerita pasal Edible Sunflower. Sebelum ini The Gartner pernah ceritakan yang The Gartner dah petik salah satu bunga dan share gambar biji kuacinya (click here to read).
Setelah beberapa lama menunggu, The Gartner pun petiklah lagi 2 kuntum bunga yang sudah agak kering. Yang peliknya, walaupun kedua-duanya sama umur, sama kembang, tetapi bilangan kuaci yang menjadi sangat berbeza. Benih pada bunga #2 lebih banyak dan penuh berbanding bunga #3 yang nampak lebih kosong dan rongak. Tak kisahlah, asalkan dapat more seeds. Hee..
|
|
Disebabkan The Gartner belum ada perancangan nak tanam apa-apa di dalam pasu tempat tinggal Edible Sunflower ini, The Gartner biarkan sahaja batangnya tanpa bunga itu di dalam pasu. Yang tinggal hanyalah batang pokok yang lurus dan beberapa set daun sahaja.
Selepas beberapa hari, perkara pelik berlaku. The Gartner pun tak sure pelik ke tidak sebab ini kali pertama The Garner tanam pokok bunga matahari ni tapi rasanya memang sangat pelik. Sebabnya..tengok gambar di bawah ini..
Kudup bunga pada pokok Edible Sunflower. |
Beberapa kudup bunga yang baru secara tiba-tiba muncul. The Gartner ingatkan pokok ini akan kering selepas dipotong bunganya, rupa-rupanya lain pula yang jadi. Pelik tak? So, The Gartner pun biarkanlah ianya terus hidup to see what will happen next.
This is what happens next..
Edible Sunflower, 10 October 2014 |
Pelik ke tak? Memang sepatutnya macam ni ke jadinya? At the same time, batang pokok #3 pula menunjukkan perkara yang sama akan berlaku.
|
|
Hahaa. Agak cantik juga bila sebatang dahan tak berdaun tiba-tiba mengeluarkan 3 - 4 kuntum bunga serentak. Sekiranya kawan-kawan pernah mengalami perkara sebegini, feel free to share dengan The Gartner.
Lepas ni bolehlah guna teknik ini untuk membanyakkan bunga matahari dengan mendadak. Hee.
That's all for now.
Gardening Rocks!
Salam Tarique,
ReplyDeleteNak tanya ada juga ke sunflower yang tak edible? Setahu Mak Aji dan setakat yang Mak Aji pernah lihat bunganya tumbuh satu je, tak pernah 3,4 sekali tumbuh! Luar biasa ni! Lucky you!
Salam Mak Aji,
DeleteSaya pun tak tahu nak jawab soalan tu..hee..saya letak edible sunflower sebab kat peket benih dia tulis camtu..hahaa..saya pun ingatkan bunganya satu saja..tetiba naik banyak pula serentak..
wah cantiknya!,,sy tak leh nak komen misteri ke tidak sbab tak pernah tanam lagi sunflower,tp tak pernah pulak sy lihat gambar bunganya banyak cam ni.
ReplyDeleteTu laa..saya pun hairan jugak..sebab selalunya sunflower ni bunganya satu saja di hujungnya..
Deletesalam mr gartner,
ReplyDeletesaya pun ada tnm edible sunflower. mmg ada mengalami kejadian mcm ni...ngee...kalu ikutkan kudup2 muda ni yg depa ambik dan masak .. tp kami blum try la lg....hehehe
Salam @na,
DeleteSaya dok tunggu @na komen sebenarnya..hahaa..ooo..memang normal rupanya..tak biasa tengok..hee..
ya allah, sangatlah tertarik....1st juga melihatnya..
ReplyDeleteTu laa..indah ciptaan Allah..
Delete