Tuesday, 11 February 2014

Backyard Garden Update - 9 February 2014

Assalamualaikum.

Hujung minggu yang lepas The Gartner ambil kesempatan untuk kemaskan sikit Backyard Garden. Tengok dalam gambar macam tak banyak sangat perubahan but it took me almost an afternoon to complete everything. Banyak masa terbuang untuk hard-pruning pokok cherry tomato yang banyak rantingnya dah mati.

The Gartner cuba nak set up sprinkler DIY tapi disebabkan cuaca yang terlampau panas jadi terpaksa dipostpone ke hari yang lain pula. Paip yang dipasang ke pagar dua tiga hari lepas dibiarkan saja sebab rasanya macam kurang sesuai. Mungkin perlu dipasang rendah sedikit. Kayu-kayu lebihan dari yang diguna untuk membuat raised bed dahulu The Gartner lapikkan ke atas tanah untuk kurangkan pertumbuhan rumput.

Backyard Garden, 8 February 2014
Backyard Garden, 9 February 2014
Pokok Timun Mini yang ditanam sebelum ini sudah mula belajar memanjat jadi The Gartner sediakan pancang untuk directkan pokok agar menjalar di pagar. Hopefully menjadi walaupun serangan kumbang agak dasyat. Habis semua daun-daun dirobek-robek tak ada satu pun yang tanpa cacat cela.

Backyard Garden, 8 February 2014
Backyard Garden, 9 February 2014
So, kali ini The Gartner just nak share tahap perkembangan Tomato XX yang sekarang ni sudah mula berbuah dan menunggu ranum. Actually pokok ini disemai secara tak sengaja near the end of November 2013 dan The Gartner terus jaga to see how the fruit looks like.

Tomato XX, 10 December 2013
Tomato XX, 19 December 2013
Pada mulanya, setiap anak tomato ditanam dalam bekas 5L. Namun begitu apabila sudah mula membesar, The Gartner pindahkan ke pasu yang lebih besar. Walaupun The Gartner suka tanam dalam container 45L, tetapi disebabkan nak mencuba, pokok hanya ditanam dalam pasu biasa yang bersaiz sederhana, probably 10L.

Selepas hampir sebulan, pokok tomato ini mula berbunga. Tapi, pada peringkat awal, memang berbunga but it never set fruit. The Gartner hanya sabar menunggu dan pastikan pokok dijaga seperti biasa.

Tomato XX, 28 December 2013
Tomato XX, 28 December 2013
Tomato XX, 4 January 2014
Tomato XX, 4 January 2014
Pada penghujung January, salah satu pokok akhirnya berjaya menghasilkan beberapa biji buah walaupun hanya ditanam dalam bekas 5L. Oleh kerana asyik layu disebabkan kapasiti takungan air dalam bekas yang terlalu kecil, The Gartner pindahkan pokok ini ke bekas yang lebih besar.

30 January 2014
30 January 2014
Kesemuanya ada 4 pokok Tomato XX, tetapi salah satu mengalami masalah reput batang dan dipindahkan ke tanah. The Gartner ada ceritakan dahulu di sini. Pokok yang didalam gambar di atas ini pula dipindah ke dalam tong styrofoam dan dipancang dengan buluh. So far, pokok ini dalam keadaan sihat and the last time The Gartner checked, ada a few more buah terbentuk di bahagian batang yang lebih muda.

Gambar di bawah ini adalah gambar terbaru my beloved tomatoes. Hahaa. I love them tomatoessss. Semalam, 10 January 2014, The Gartner sempat pindahkan kedua-dua pokok dalam pasu ke dalam bekas styrofoam yang lebih besar. Both pokok digabung dalam satu bekas and hopefully lebih menjadi compared to tanam dalam pasu. Tapi sorry, gambar lupa nak snap sebab kalut sangat pagi tadi. Hee.

Tomato XX, 3 February 2014
Hmm..sedar tak sedar, all these tomatoes dah berumur almost 2 bulan. Starting as anak pokok in December, and now dah berbuah in February. Nice..

Last weekend The Gartner sempat pergi ke Jaya Grocer, Bandar Baru Bangi and bought some cherry tomatoes probably dari jenis Cherry Red dan satu lagi jenis yang tak dikenali. Lepas ni nak cuba tanam yang tu pulak daripada benih yang diambil dari buah. Bagi The Gartner, tomato adalah tanaman yang sangat rewarding dan mudah dijaga. Kepada sesiapa yang berminat, you can refer to my previous post here on a few beginner's tips to plant tomatoes dengan jayanya. Hee.

OK. That's all for now. Until later.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

Saturday, 8 February 2014

Ubi Sayur - February 2014

Assalamualaikum.

Semasa di Alor Setar, The Mother ada beritahu The Gartner yang pokok Ubi Sayur yang The Gartner tanam sebelum ini ada menghasilkan ubi. Dia pun pelik sebabnya Uncle yang bagi keratan pokok pun tak aware yang pokok tu ada menghasilkan ubi. The Mother cakap yang ubinya agak kecil dan rasanya agak nice. So, balik sahaja ke Kajang, terus The Gartner keluarkan besen yang ditanam dengan Ubi Sayur dahulu.

Ubi Sayur, 11 December 2013
Ubi Sayur, 5 February 2014
Sebelum ini daunnya kecil sahaja tetapi setelah hampir 2 bulan, sudah melimpah keluar daripada besen. The Gartner terus ambil peralatan mengorek. Korek punya korek and finally...

...hampeh. 

Apa pun tarak..tanah sahaja and lots of roots. Bukan rezeki saya. Hahaa.

So, all of it goes back into the besen. The Gartner kambus semua dengan tanah balik and hopefully lepas ni ada jugak ubi yang menjadi.

Actually, masa dekat Alor Setar patch yang The Mother tanam dengan Ubi Sayur ni dah dibersihkan dan The Mother mintak The Gartner tanam semula dengan keratan yang baru. Before menanam, The Gartner gemburkan tanah di patch itu dan jumpa a few ubi yang kecil. The Mother rebus ubi tu so The Gartner pun makanlah. It tastes sweeter than sweet potatoes yang The Gartner tanam dulu and it's also less peppery. Simply said, I think it is more delicious than sweet potatoes.

Anyway, The Gartner still tak tahu apa nama sebenar pokok ubi ini. For those yang tahu, feel free to share the information.

OK. That's all for now. Thanks for reading.

Wednesday, 5 February 2014

Backyard Garden Update - 3 February 2014

Assalamualaikum.

The Gartner kembali semula ke Kajang pada malam Ahad dan sampai ke rumah dalam pukul 5 pagi. Not bad laa bertolak pukul 11 malam sampai pukul 5 pagi - 6 jam perjalanan. Sampai saja di rumah tunggu masuk waktu solat Subuh, solat dan kemudiannya tidur. Bangun sahaja dari tidur around 9.30 pagi terus ke Backyard Garden - tak sabar-sabar sampai gosok gigi pun tak sempat. Yes, tooth-brushing can wait a few hours. Tengok pokok yang ditinggalkan berhari-hari lebih penting. Hee. *Click here untuk baca update sebelum balik kampung.

So, disebabkan kebun kecil ini tiada sistem pengairan ataupun sprinkler yang seangkatan dengannya maka most of the plants jadi kering dan layu as expected. Sebelum bagi semua minum, The Gartner snap some photos and check on their condition. Alhamdulillah, tiada yang mati tetapi banyak yang layu without hope lagi dah. Sabar je lah..lepas ni kene pasang DIY punya sprinkler system.

Di bawah ni adalah overview Backyard Garden on 3 February 2014. Boleh nampak tahap kekeringan pokok. Daun-daun yang sebelum ini hijau dah bertukar warna kepada perang. And still, banyak kawasan masih kosong dan menanti untuk diisi dengan anak-anak pokok.

Backyard Garden, 3 February 2014
Backyard Garden, 3 February 2014
Kacang Panjang Renek agak terjejas dengan ketiadaan air ini dan menyebabkan most of its leaves layu dan luruh. Tapi pokok masih dalam keadaan baik. Siap ada 2-3 biji kacang tergantung walaupun agak terbantut.

3 pokok Tomato Besar yang ditanam di dalam pasu dan container masih bertahan. Tapi, upon further inspection, most of the flowers failed to turn into fruits dan luruh ataupun layu. Alhamdulillah, at least pokok masih survive. Buah yang sudah terbentuk pada pokok di dalam tong styrofoam juga menjadi berkedut-kedut seperti yang pernah diceritakan dalam post lepas (click to read) - akibat kekurangan air berterusan.

So, apa yang The Gartner buat adalah remove all those dead leaves - convert jadi mulching. Letak balik dalam pasu so tanah tak mudah kering.

Kacang Panjang Renek & Tomato Besar - 3 February 2014
Kacang Panjang Renek yang kekeringan.
Pokok Cili Bara pula nampak tetap tegap walaupun daun-daunnya dah mula menguning dan mengerekot. Memang pokok ini agak manja dan perlu dipastikan agar sentiasa mendapat bekalan air secukupnya.

Bila The Gartner tengok secara dekat, baru nampak yang aphids sudah mula menyerang bunga-bunga pada pokok. Semut-semut merah juga banyak dan menjaga aphids from predators such as ladybugs. Itulah sebabnya kalau nak hapuskan aphids menggunakan ladybird, kena pastikan semut-semut dimusnahkan dulu.

Bagaimana nak menjemput ladybirds ke kebun anda? Tak perlu dijemput kerana di mana ada aphids, di situ lambat laun pasti akan ada ladybirds. 

Bagaimana nak musnahkan semut? Banyak cara - cerita di lain kali. Hee.

Cili Bara, 3 February 2014
Aphids menyerang pokok especially bahagian bunga.
Cherry Tomato juga agak terjejas since it also need a lot of water to grow well. Banyak dahan yang menjadi kering dan layu. Buah dan bunga juga terjejas and I could observe banyak buah mula masak walaupun masih kecil - pembentukan buah yang tidak sempurna. Apa yang boleh dibuat adalah - sabar - potong dahan yang telah kering - remind diri sendiri sekali lagi pasang sprinkler system even DIY pun jadilah.

Dalam ketika pokok lain kekeringan, pokok terung pula mengeluarkan buah yang ke-dua. Hahaa. Walaupun agak lambat tetapi The Gartner terima seadanya. Hopefully terung kali ini tak teruk dirosakkan seperti terung yang diceritakan dalam post sebelum ini (click to read).

Cherry Tomato, 3 February 2014
Terung berbuah tunggal walaupun dihurung aphids.
The Gartner juga sudah menanam semula Sweet Potato disebabkan banyak tong styrofoam tak berisi apa-apa. Hopefully kali ini lebih manjadi daripada harvest sebelum ini (click to read).

Yellow Cosmos yang sebelum ini hijau dah menjadi sangat kering. Hahaa. However, it's OK since now I've got more seeds to plant this lovely thing all over Kajang. Kikiki..

Sweet Potato, 3 February 2014
Yellow Cosmos, 3 February 2014
Semaian Pak Choy dan Kobis Cina surprisingly dalam keadaan baik walaupun kekurangan air. Lepas ini, The Gartner akan pindahkan most of it ke raised bed since makluk perosak sudah kurang mengganggu. These would be my green harvest hopefuls.

Ada beberapa biji mulberry yang sudah ranum walaupun dalam keadaan kering. The Gartner petik kesemuanya and include it into the harvest to add some colours.

Semaian Pak Choy & Kobis Cina, 2 February 2014
Mulberry yang telah ranum.
Pokok Cili Besar yang sebelum ini diserang penyakit (click to read) sudah di hard-prune selepas dituai. Cili-cili yang dituai pula berkedut-kedut dan agak kurang segah. Pasu juga telah diubah ke kawasan yang lebih dekat dengan paip air. Hmm..mungkin The Gartner kena cuba tanam cili semula selepas ini.

Sepasu Halia yang ditanam sejak dahulu lagi tiba-tiba mengeluarkan kudup bunga. Nice..I'm excited to have it blooming in front of my eyes.

Tong kayu di sebelah tu is currently my compost bin. The Gartner plan to fill it up a little bit more - masukkan tanah sampai penuh so it become some sort of a raised bed - then tanam some herbs. Hopefully lebih menjadi daripada tanam di dalam besen.

Pokok Cili Besar dan Halia yang telah diubah lokasinya.
Kudup bunga pada pokok halia.
So, after belek-belek semua pokok dan harvest apa yang patut, inilah hasilnya - tuaian di hari yang kering. Lepas tuai terus The Gartner bagi semua minum air. Jangan putus asa my plants - your days ain't over yet. Hee.

My Harvest, 3 February 2014
OK. Thanks for reading. Until later. Gardening Rocks!

Saturday, 1 February 2014

Unknown Plant - #1

Assalamualaikum.

Di laman depan rumah The Gartner ada tumbuh this one particular plant, but The Gartner tak tahu apa namanya. Nampak macam rumpai tapi daunnya agak panjang dan pokoknya sudah mula nak mengeluarkan bunga. Sesiapa yang tahu minta tolong share some info regarding this plant. 

Unknown plant di sebelah pokok mulberry.
Putik bunga pada pokok yang tak dikenali.
Tapi, kalau rumpai saja nanti The Gartner terus cabut saja. Hee.

OK. Thanks.