Assalamualaikum.
Pada kali ini The Gartner just nak share about kompos yang The Gartner sediakan sendiri untuk kegunaan di Backyard Garden. I'm not an expert. Ini hanyalah apa yang The Gartner buat so far and the result is quite good.
Basically, my compost bin adalah sebuah tong styrofoam yang sudah pecah tepinya. Then, everything goes in. Hahaa. Kebanyakkan bahan yang The Gartner masukkan adalah kitchen waste seperti kulit bawang, lebihan sayuran dan juga daun-daun yang kering. Sometimes, kalau ada buah, kulit dan juga lebihan buah pun masuk sekali.
Gambar di bawah ini adalah what's on the surface. Apa yang The Gartner buat mula-mula sekali adalah isikan tong dengan sedikit tanah. Kemudiannya, masukkan bahan-bahan seperti daun-daun kering dan kulit buah ke dalamnya dan gaul. Bekas ini ditutup untuk mengelakkannya dari terkena cahaya matahari secara terus dan juga untuk mengekalkan kelembapannya.
Permukaan tong kompos. |
Setelah beberapa lama (satu atau dua minggu), lapisan kedua dimasukkan. Apa yang The Gartner buat adalah korek sedikit lapisan yang pertama, masukkan bahan buangan yang baru, dan kambus semula. Air disiram di bahagian atas selang 3 atau 4 hari untuk menggantikan air yang hilang disebabkan oleh sejatan. Bergantung kepada teksturnya, The Gartner akan campurkan tanah sekiranya ia terlalu poros atau campurkan pasir sekiranya ia terlalu padat.
Kompos yang terhasil di bahagian bawah. |
Untuk menghasilkan kompos yang baik, pastikan;
- Bahan-bahan seperti plastik dan besi tidak dimasukkan bersama-sama ke dalam tong kompos.
- Bahan yang lambat terurai seperti batang pokok diasingkan atau dibiarkan reput di luar terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam tong kompos.
- Beberapa ekor cacing tanah ditambah ke dalam tong kompos untuk membantu proses penguraian.
- Bahan yang dimasukkan dipotong kecil atau dihancurkan untuk mempercepatkan proses pereputan.
- Bahagian pokok yang berpenyakit dibuang terus dan tidak dicampurkan ke dalam tong kompos. Sekiranya dicampur, penyakit mungkin akan merebak ke pokok lain apabila kompos digunakan.
- Sisa yang dicampurkan adalah dari pelbagai jenis. Contohnya: campuran perut ikan, kulit udang, tulang ayam, kulit buah, kulit telur, habuk kayu, sekam padi, hampas tebu dan keratan sayur.
- Elakkan mencampurkan sisa makanan yang berminyak kerana ianya kurang digemari oleh mikrob dan mengambil masa yang lama untuk diuraikan.
- Gaul kompos selang beberapa hari untuk membolehkan mikrob bertindakbalas dengan kesemua bahagian dan memastikan kompos di bahagian bawah mendapat bekalan udara.
Kompos yang telah sedia untuk digunakan berwarna hitam atau perang gelap dan mempunyai bau seperti bahan yang reput. Kompos boleh digunakan dengan cara mencampurkannya semasa penyediaan tanah atau digaul di bahagian permukaan tanah di dalam pasu.
Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda memakai penutup muka dan sarung tangan semasa mengendalikan kompos. Ini kerana kompos yang mereput mempunyai banyak kulat dan sporanya mungkin tersebar semasa kompos digaul. Bakteria berbahaya juga mungkin boleh memasuki aliran darah melalui kulit yang terluka sekiranya sarung tangan tidak digunakan.
Yang paling penting sekali, pastikan kompos anda tidak menghasilkan bau busuk yang keterlaluan kerana ia boleh menyebabkan anda bergaduh besar dengan jiran anda. Ingat tu..
OK. Setakat itu sahaja untuk kali ini. Tips penyediaan kompos ini bersifat agak ringkas supaya boleh difahami oleh rakan-rakan yang baru ingin mencuba menghasilkan kompos sendiri di rumah. Untuk tips penyediaan kompos peringkat advance, The Gartner akan kongsikan di masa hadapan.
Thanks for reading. Hope you gain something from this.
Gardening Rocks!