Monday, 12 May 2014

Lobak Putih & Black-Eyed Peas - 9 May 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Lobak Putih yang The Gartner tanam sebelum ini membesar dengan baik. Dapat diperhatikan dalam tempoh lebih kurang 2 minggu, daun-daunnya semakin banyak dan juga bersaiz besar. Anak-anak siput masih lagi membaham daun-daun di bahagian bawah, tetapi the Gartner biarkan sahaja sebab masa yang boleh diluangkan di Backyard Garden sekarang sangatlah limited.

Lobak Putih, 24 April 2014
Lobak Putih,  9 May 2014
Kedua-dua pokok ini juga sudah mula menghasilkan lobak dan saiznya juga agak memuaskan. Mengikut apa yang The Gartner baca, lobak ini perlu dituai ketika masih muda supaya rasanya kurang pedas. Sebenarnya, The Gartner sendiri tak pernah makan lobak putih mentah so memang tak tahu rasanya macam mana. Lobak putih yang masin tu pernah laa makan tetapi kurang suka dengan rasanya. Hopefully yang ditanam sendiri ini lebih sedap. Hee.

Lobak Putih yang telah terbentuk di bahagian pangkal pokok.
Pokok Black-Eyed Peas yang berbuah buat pertama kalinya pada hujung bulan April sekali lagi berbunga dan berbuah. The Gartner rasa pokok ini sangat tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Walaupun hanya ditanam dalam bekas 5L dan selalu kekeringan, pokok ini tetap bertahan, mengeluarkan bunga dan berbuah. Alhamdulillah.

Black-Eyed Peas, 24 April 2014
Black-Eyed Peas, 9 May 2014
The Gartner perhatikan yang seed-pod kali ini muncul di bahagian atas pokok. Seed-pod yang sebelum ini muncul di bahagian bawah yang matang lebih awal. So, mungkin The Gartner akan biarkan dulu dan perhatikan sekiranya pokok ini boleh berbuah untuk batch yang ke-tiga.

Seed-pod batch ke-dua yang terbentuk pada pokok Black-Eyed Peas.
So, setakat ini sahaja buat kali ini. The Gartner akan sambung berkenaan pokok lain pula di post yang seterusnya.

Thanks for reading. Until laters. Gardening Rocks!

Wednesday, 7 May 2014

Tomato Cherry Red - 5 May 2014

Assalamualaikum.

Kali ini The Gartner nak updatekan pasal pokok Tomato Cherry Red yang sudah mula berbuah sejak 2 minggu lepas. Sekarang ini my main focus adalah memastikan pokok-pokok ini sihat dan membesar dengan jayanya sampailah dapat merasa buahnya yang pertama. Masalah yang paling utama adalah memastikan pokok cukup air memandangkan sekarang ini cuaca panas sudah mula kembali.

Minggu lepas, angin kuat yang datang sebelum hujan lebat menyebabkan satu dahan pada pokok Tomato Cherry Red yang sedang berbuah patah. The Gartner rasa agak kecewa sebab tak betul-betul ikatkan dahannya pada pancang. Tapi, mungkin satu dahan yang panah ini sebenarnya peringatan supaya dahan lain juga dipancang baik-baik, so The Gartner settlekan kesemuanya sekali. 

Tomato Cherry Red, 29 April 2014.
Dahan pokok Tomato Cherry Red patah dibadai angin.
Dahan yang patah itu The Gartner cucukkan ke dalam tanah and hopefully bleh terus hidup menjadi sebatang lagi pokok tomato. Ada orang kata pokok tomato ini tak boleh dibiakkan secara keratan batang, tapi hentam sajalahh..

Seminggu selepas itu, dahan yang dicucuk ke tanah The Gartner perhatikan yang daunnya masih tidak layu dan putik bunga yang baru mula kelihatan. Bila diperiksa, rupa-rupanya, akar sudah mula keluar dari bahagian pangkalnya. Alhamdulillah.

5 May 2014 - Pokok Tomato Cherry Red yang ditanam dari batang yang patah.
5 May 2014 - Akar mula keluar dari pangkal dahan tomato yang dicucuk ke dalam tanah. 
Hopefully pokok ini terus berbuah juga macam induknya. So, bolehlah mencuba kalau nak menanam tomato dari keratan batang. Insyaalah, menjadi..hee..

OK. That's all for now.

Thanks for reading. Until laters. Gardening Rocks!

Monday, 28 April 2014

Backyard Garden Update - 27 April 2014

Assalamualaikum.

Hujung minggu yang lepas, The Gartner ambil peluang untuk mengemaskan semula Backyard Garden. Kebanyakan ruang kosong dipenuhi rumpai-rumpai yang tumbuh subur bersama-sama siraman hujan minggu-minggu yang lepas.

So, compare tengok..kemas tak kebun belakang rumah saya ni lepas clearing works dijalankan?

Backyard Garden, 26 April 2014 - Before
Backyard Garden, 27 April 2014 - After
Backyard Garden, 26 April 2014 - Before
Backyard Garden, 27 April 2014 - After
Pokok bendi yang telah berjasa selama ini terpaksa The Gartner retirekan sebab buah yang terhasil dan dituai sudah tiada penggemarnya. Sebelum ini selalunya The Gartner yang makan tapi disebabkan jarang memasak di waktu malam, kebanyakkan bendi yang telah dituai busuk begitu sahaja di dalam peti ais.

Perlu diingat, overproduction is a form of waste. So, rasanya something needs to be done.

Jadi, The Gartner decide untuk cabut kesemuanya dan consider untuk tanam pokok lain pula untuk menggantikan tempatnya. Lagipun, banyak daun bendi yang diserang powdery mildew so alang-alang buang, baik dibuang kesemuanya. The Gartner pernah ceritakan tentang powdery mildew dalam post yang terdahulu (click here to read).

Bendi - Before
Bendi - After. No more bendi for now.
Pak Choy yang ditanam di raised bed juga sudah bersedia untuk dituai so The Gartner potongkan daun-daun yang telah cukup besar dan tinggalkan daun-daun yang masih muda untuk next harvest. Pokok yang telah mati dicabut keluar. Pokok yang terlindung dari matahari pula The Gartner ubahkan ke tempat yang lebih terbuka.

Bila diperhatikan, baru The Gartner perasan yang sebenarnya Pak Choy yang ditanam ada yang berbatang putih dan ada juga yang berbatang hijau. Disebabkan rasanya hampir sama, hentam sajalah..Hahaa..

Ada yang bertanya apa yang The Gartner gunakan untuk membaja sayur-sayuran ni. Jawapannya - Pak Choy ini The Gartner bajakan dengan baja pellet NPK 12:12:17:TE dan juga baja pellet tahi kambing.  Kompos juga ditambah dari semasa ke semasa. Taburan dan semburan epsom salt juga dibuat kalau rajin - dalam 2 minggu sekali.

Pak Choy sebelum dituai.
Pak Choy yang togel selepas dituai.
Anyway, The Gartner noticed yang ada salah satu daripada pokok yang ditanam di dalam pasu daunnya layu walaupun tanah dalam keadaan basah. Upon further inspection, rupa-rupanya bahagian akar telah mereput. The Gartner rasa ini disebabkan tanah yang bersaliran kurang baik dan juga pokok terlindung daripada cahaya matahari.

Pada bahagian akar itu juga The Gartner ternampak beberapa ekor ulat gonggok (?) yang selalunya dijumpai di atas permukaan tanah.

Ulat gonggok pemakan bahan organik pada akar pokok yang telah reput.
My first assumption - pokok rosak disebabkan akar dimakan oleh ulat gonggok. 

Tapi - from what I have read and experienced, ulat ini hanya makan bahan organik. Pokok di sebelahnya baik-baik sahaja. 

Kesimpulan - pokok rosak disebabkan tanah yang bersaliran kurang baik, air yang berlebihan dan kurang terdedah kepada cahaya matahari. Ulat ini hanya makan bahagian yang telah rosak sahaja - apabila ia sudah mereput. Ulat ini tak jahat laa sangat, cuma buat kerja dia tetapi sering disalahertikan. Hee.

Banyak juga yang The Gartner tuai kali ini sampai terpaksa dimasukkan ke dalam tudung saji. Kalau masuk dalam mangkuk biasa tu memang penuh laa. Setelah dibersihkan dan dikelaskan - buang mana yang layu, kuning dan rosak, dapat laa dalam 3/4 dari apa yang dituai. Alhamdulillah.

Tuaian Pak Choy - sebelum dicuci dan dikelas.
Tuaian Pak Choi - bersedia untuk dimasak.
Daun-daun yang terpaksa direject pula The Gartner masukkan ke dalam tong kompos. Disebabkan tak sempat nak dipotong kecil-kecil, The Garter terus masukkan sahaja kesemuanya. Mungkin di kesempatan lain baru digunting supaya lebih kecil dan mudah diuraikan oleh bakteria, kulat dan cacing dalam tong kompos ni.


Balance tuaian yang direject dimasukkan ke dalam tong kompos.
Sebenarnya banyak lagi yang The Gartner nak kongsikan tetapi mungkin di lain kesempatan kerana kesuntukan masa.

OK. That's all for now. Thanks for reading.

Akan bersambung di kesempatan lain. Until laters. Gardening Rocks!

Saturday, 26 April 2014

First-timer Lobak Putih

Assalamualaikum.

Just to share some photos of lobak putih yang The Gartner tanam awal bulan ini. Selepas 18 hari, pertumbuhannya agak memberangsangkan. Benihnya The Gartner beli di pasaraya Econsave di Balakong. Malangnya, dalam banyak-banyak benih yang disemai, hanya beberapa sahaja yang menjadi. Nampaknya, skill mencambahkan benih masih di tahap beginner. This is my first time planting this so tanam setakat mencuba-cuba sahaja.

Lobak Putih, 6 April 2014
Lobak Putih, 24 April 2014
So, bila dilihat dekat-dekat, perasan yang daun yang paling bawah sudah berlubang-lubang. Bila dilihat lebih dekat lagi, rupa-rupanya sudah diserang anak-anak siput yang masih baby. Cuba teka berapa ekor anak siput berada dalam gambar di bawah ini. Sorry, tak ada hadiah. Hee.

Anak-anak siput meratah daun lobak putih.
Apa yang The Gartner buat adalah pick them one by one, penyet2 dengan jari. Sisa-sisanya dibuang balik ke dalam bekas pokok sebagai sumber kalsium tambahan. Hahaa. Kejam..kejam..

Just a short one for today. Until later. Gardening Rocks!