Friday 10 January 2014

Backyard Garden Update - 10 January 2014

Assalamualaikum.

Minggu ini tak banyak yang berlaku di Backyard Garden. The Gartner juga agak teroccupied dengan kerja di pejabat sampai cuma sempat tengok sekejap-sekejap sahaja pokok-pokok selepas balik kerja. Hujan juga agak kerap turun di kawasan Kajang minggu ini jadi The Gartner tak terkejar sangat nak menyiram. 

Last weekend, The Gartner ada repurpose 2 tin susu to become pasu kecil for some flowers at the garden. Hee. Actually pokok bunga kecil-kecil ni dah nak ditransfer ke tempat lain so some of it The Gartner masukkan dalam tin dan digantung di pagar.

Repurposed flower pot from tin susu. Comel, kan?
Di bawah ni adalah one of the butterfly yang singgah di Backyard Garden. The Gartner ambil sambil dukung The Baby yang sangat excited bila tengok benda-benda yang pelik-pelik macam seranga-serangga ni. It's quite big dan tak terbang walaupun kamera dah dekat sangat-sangat.

One random butterfly at the Backyard Garden.
Tomato XX yang sebelum ni berbunga dah mula berbuah. Hee. I'm just so excited. Hopefully menjadi juga kali ini. Tapi tak lah mengharap sangat sebab bekasnya pun hanya 5L. Tak sama dengan cherry tomato yang ditanam dalam bekas 45L.

Bunga pada pokok Tomato XX.
Putik buah pada Tomato XX.
Pokok Kacang Panjang Renek pula terus mengeluarkan bunga-bunga yang berwarna light purple. Agak comel rupanya. However, The Gartner perasan yang daunnya dah bertukar menjadi warna hijau muda - baru teringat dah almost 2 sebulan tak dibaja. Hee. Selalunya masukkan mulching sahaja. Need to spike on some NPK after this.

Bunga Kacang Panjang Renek
More flowers = more beans?
Apart from that, The Gartner juga ada berperang dengan makhluk yang asyik memakan anak-anak pak choy dan kailan. Sebelum ini banyak yang dah dimakan tapi The Gartner gantikan dengan yang baru. I really don't know but suspeknya adalah tikus ataupun snails sebab selalunya malam baru kena ngapp. The Gartner pasang perangkap ingatkan nak dapat tikus - rura-rupanya dapat makhluk lain. Hopefully lepas ini anak-anak pak choy dan kailan tu tak kena makan lagi.

Anak kailan yang dimakan daunnya.
Anak kailan hanya tinggal batang.

Anak pak choy pun habis dikerjakan.
Suspek telah ditangkap. Sejenis tupai rasanya.
The Gartner ada harvest some bendi, cili bara, kacang panjang dan cherry tomato setiap hari, but I'll put that in my post on Monday. Previously memang The Gartner tak pernah ambil gambar bila petik 1 atau 2 buah but this time I'm doing something different. I'll share on that later.

OK. That's all for now. Until Monday.

Thanks for reading.

5 comments:

  1. Comel yg dlm tin susu tuh...kalau sangkot byk2 mst cun...boleh buat vertical herb garden ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..thanks..memang teringin nak buat..tapi tin susu tak banyak..tin sardin macam kurang cantik jaa..

      Delete
  2. Kene makan ngan siput kot.. tabur kulit telur @ racun siput.. kesian tupai tu kene jerat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suspek siput jugak mula-mula tu..dah tabur kulit telur dah tapi dia makan waktu siang..bukan waktu malam..so tukar suspek lain..agak kesian tupai tu tapi dah terperangkap..

      Delete