Wednesday, 4 December 2013

Bunga Pokok Kari - #2

Assalamualaikum.

Semalam The Gartner perasan yang pokok kari yang bunganya berputik sebelum ini sudah mula kembang. Cepat-cepat ambil camera dan capture gambar bunga pokok kari yang sedang mekar. The Gartner try hidu baunya - macam bau bunga melur yang faint with a tinge of bau daun kari. Hee.
Bunga Pokok Kari, 3 December 2013
Bunga Pokok Kari yang sedang berkembang.

Close-up Bunga Pokok Kari.
Yang peliknya, semasa The Gartner ambil gambarnya, bunga ini dihurungi oleh nyamuk. Memang dah diketahui nyamuk also feeds on nectar tapi tak sangka pula mereka beramai-ramai berpesta di bawah naungan bunga di dalam kerenyaian hujan ini.

OK. Until later. Thanks.

Tuesday, 3 December 2013

Tumbuh Walaupun Tak Ditanam - #2

Assalamualaikum.

Pokok yang tumbuh walaupun tak ditanam untuk diintroducekan kali ini adalah pokok di dalam gambar di bawah ini. Pokok ini selalunya tumbuh di tepi-tepi jalan especially kawasan berpasir ataupun di celah-celah rekahan. Ada juga yang tumbuh di dalam longkang yang mempunyai banyak mendapan di bawahnya. Kenal tak?

Pokok Kucing Galak.
Close-up daun Pokok Kucing Galak.
The Gartner kenal pokok ni dengan nama Kucing Galak (Acalypha indica). Walaupun pokok ini kelihatan seperti rumpai, ia sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Ia juga mempunyai kesan seperti pokok catnip dan disebabkan itu akarnya sangat digemari oleh kucing. Kalau diberi akarnya pada kucing, nescaya bergolek-goleklah ia sambil melelehkan air liur dan julinglah matanya tak sedarkan diri kekhayalan. Kiranya pokok ini bagaikan ganja dan juga air ketum kepada kaum kucing. Hee.

Bunga pada Pokok Kucing Galak.

The Gartner tak pernah cuba makan atau menggunakan pokok ini untuk apa-apa tujuan perubatan tetapi melalui bacaan di blog-blog lain, antara khasiatnya yang selalu diperkatakan adalah rawatan untuk lepas wanita bersalin, penyakit sengal tulang, menguatkan tenaga batin, penyakit kulit seperti kurap dan kudis, sakit badan akibat terlebih rembesan hempedu, kecacingan dan sebagai julap. Boleh rujuk kepada link ini dan ini. (MARDI dan Petua Sejagat)

However, Pusat Racun Negara ada mengeluarkan artikel yang mengatakan pokok ini boleh menjadi beracun sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak. So, jangan pandai-pandai. Cari kucing seekor, cabut pokok ni sebatang, bagi akar kat kucing, lepas tu layan tengok dia golek-golek. Hee.

OK. That's all for now. Until later. Thanks.

Bendi - Pod and Its Seeds

Assalamualaikum.

Semalam hujan sepanjang hari di Kajang. The Gartner pula seharian di rumah menjaga The Baby sebab babysitternya tak ada. Memang bermain-main di dalam rumah sahaja sambil menunggu The Wife pulang dari training di Kuala Lumpur. Dalam pukul 6 petang, The Gartner sempat juga keluar ke Backyard Garden walaupun hujan renyai-renyai dan ambil pod bendi yang telah direserve untuk dibuat benih. Sebenarnya hendak dibiarkan sampai esok hari tetapi memandangkan pod dah merekah, baik ambil sebelum ia meletup. Rugi kalau anak benih jatuh ke tanah dan basah ditimpa hujan.

Buah bendi yang telah tua dipetik untuk biji benihnya.
Sudah sampai waktu malam baru sempat proses pod bendi yang dipetik untuk simpan benihnya. The Gartner ada ambil gambar for my own record dan juga untuk sesiapa yang belum pernah tengok macam mana rupanya benih bendi ini.

Buah bendi yang telah tua.
Susunan biji benih bendi di dalam pod.
Close-up biji benih bendi di dalam pod.
Biji benih bendi dan pod kosong.
66 biji benih daripada satu pod.
So, daripada satu pod kali ini dapat sehingga 66 biji benih. Alhamdulillah, hopefully next batch of bendi di Backyard Garden sama berhasil seperti batch-batch terdahulu. Benih-benih ini kelihatan gemuk dan berwarna hitam ketika baru dikeluarkan. Apabila telah kering, saiznya akan berkurangan dan warna kulitnya akan bertukar kepada hijau gelap. Biji benih perlu disimpan di dalam bekas  yang kering dan bertutup rapi untuk mengelakkan kulat atau makhluk seakan-akan hama yang akan merosakkannya.

OK. That's all for now. Thanks.

Monday, 2 December 2013

My Mother's Garden

Assalamualaikum.

Weekend ini The Gartner berada di Alor Setar untuk majlis pertunangan adik perempuan. So, ambil peluang to share with everybody pasal kebun The Mother. She is a different kind of gardener compared to me. Dia lebih menyukai pokok yang berbunga wangi dan juga buah-buahan yang boleh dimasak atau dibuat ubat.

Kat bawah ni adalah antara pokok-pokok bunga yang ditanam oleh The Mother - kerak nasi, akar dani, kenanga, gandasuli dan others yang The Gartner tak tahu namanya. Enjoy.

Bunga Kerak Nasi yang sedang berkembang.
Putik Bunga Kerak Nasi.
Bunga Pokok Akar Dani.
Close-up bunga yang sedang berkembang.
Bunga kenanga yang sangat harum baunya.
Close-up Bunga kenanga yang masih hijau.
Pokok Gandasuli.
Bunga Gandasuli yang sedang berkembang.
Pokok di bawah ini The Gartner tak tahu namanya. Pokok ini bunganya tidak berbau tetapi bunganya banyak dan berbentuk seperti bunga orkid. Bunganya ada yang berwarna merah jambu, ungu muda dan juga ungu pekat. Sangat cantik kalau ditanam serumpun.

Pokok kecil dengan bunga yang menarik.
Close-up bunga yang kelihatan seperti orkid.

The Mother juga ada tanam pokok ini di depan rumah - cermai belanda atau Euginia michelii. Pokok ini mula berbuah sejak 2 tahun lepas tetapi umurnya The Gartner dah tak ingat. Rasanya lebih daripada 6 tahun. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada merah gelap apabila sudah masak ranum. Rasanya ketika muda sangat masam tetapi menjadi masam-masam manis apabila telah masak ranum.

Buah pokok mempunyai sama bentuk seperti buah cermai ini dikatakan boleh mengubati penyakit darah tinggi jika selalu diamalkan memakannya.

Pokok Cermai Belanda di hadapan rumah.
Bunga pada pokok Cermai Belanda.
Buah Cermai Belanda yang masih muda.
Buah Cermai Belanda yang separa masak dan sudah masak.
Pokok ini boleh disemai daripada biji benih di dalam buahnya atau ditanam menggunakan keratan batangnya. Pokok daripada biji benih mengambil masa yang lebih lama untuk berbuah dibandingkan pokok yang ditanam dari keratan batang.

The Gartner ada menyemai juga benihnya dan sekarang anak pokok sudah setinggi 15cm dengan daun muda berwarna hijau gelap dan daun muda berwarna merah.

Pokok ini boleh ditanam di dalam pasu tetapi akarnya mungkin menjadi terlalu padat dan menembusi pasu. Pokok The Mother nampak seperti ditanam di dalam pasu bersaiz sederhana tetapi akarnya jauh merantau ke dalam tanah. For more info boleh rujuk posting from Anim Agro Technology kat sini.

Pokok dedaun yang ditanam terus dia atas tanah ini namanya yang sebenar tak dapat dipastikan tetapi The Mother cakap namanya Ubi Sayur. Daunnya memang kelihatan seperti daun ubi kayu tetapi strukturnya lebih lembut. Rasanya juga lebih sedap jika dibandingkan dengan kangkung. That's why The Gartner bawa balik keratannya untuk ditanam di Backyard Garden. Bolehlah dibuat goreng belacan dan makan bersama nasi putih yang masih panas. Memang sedap.

Pokok Ubi Sayur.
Daun yang kelihatan seperti daun ubi kayu.
Banyak lagi pokok-pokok yang ditanam di halaman rumah tapi kalau nak include everything in here memang sangat panjang. Hee.

OK. That's all from The Mother's garden. Thanks for reading.