Friday, 17 April 2015

Saya Masih Ada

Assalamualaikum,

Saya masih ada,
Saya masih membaca,
Saya masih berkebun,
Tapi tak ada kesempatan menaip,
Sebab anak kecil saya ada dua.

Seorang namanya Batrisya,
Yang kecil namanya Syifa,
Backyard Garden tinggal raised bed kosong sahaja.

Sekarang hujan dah mula turun di Kajang,
Walau siangnya panas menggila,
The Gartner hanya tunggu masa nak mula semula.

Kepada gardening bloggers yang ada anak kecil tetapi tetap berblogging secara berterusan..anda memang power.

Sekian.

Gardening Rocks!


Thursday, 20 November 2014

The Backyard Gartner Blog - Cukup Umur Setahun

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sedar tak sedar blog ini dah cukup setahun umurnya. Semalam, The Gartner teringat nak check bila tarikh posting yang pertama. Pagi ni bila check, tarikh posting yang pertama adalah 19 November 2013. So, cukuplah setahun.

Alhamdulillah, tempoh setahun ini banyak mengajar The Gartner bermacam-macam perkara. And the best of all adalah mengenali kawan-kawan blogger yang sangat supportive and filled with enthusiasm. Thanks to all of you.

The Gartner sememangnya agak sibuk kebelakangan ini sehinggakan tak sempat nak berkebun seperti sebelumnya. The Gartner buat sedikit adjustment pada jadual harian dan fokuskan untuk spend more time dengan The Baby yang umurnya sekarang dah nak masuk 2 tahun. The Wife pula agak sibuk di pejabat in preparation sebelum bercuti panjang.

Alhamdulillah, 12 November lepas, The Gartner dikurniakan seorang lagi cahayamata. Hahaa. Sebab tu yang busy sangat tu sebenarnya.

So, memandangkan The Wife sekarang tengah berpantang di kampung, The Gartner bercadang nak fokus semula kepada aktiviti gardening dan blogging. InsyaAllah.

Ok. That's all for now. Until laters.

Thursday, 30 October 2014

Pengajaran Daripada Ulat & Bendi

Assalamualaikum.

Dua minggu lepas The Gartner ada updatekan berkenaan Frontyard Patch yang ditanam dengan pokok bendi. The Gartner juga ada highlight berkenaan musuh utama pokok bendi iaitu ulat pengorek batang dan buah. 

Semasa The Gartner membelek-belek pokok bendi di Frontyard Patch di pagi 18 October yang lepas, The Gartner sudah ternampak yang beberapa pokok layu di bahagian pucuknya. The Gartner pun dah agak yang pastinya ada ulat yang dah menebuk dan melepak di dalam batangnya. Cara untuk mengenal serangan perosak ini adalah melalui tinggalan bintil-bintil hitam di bahagian batang yang dirosakkan. Bintil-bintil hitam ini adalah najis ulat tadi.

Bahagian batang yang ditebuk oleh ulat, 18 October 2014.
Bahagian batang yang ditebuk oleh ulat pada pokok yang lain, 18 October 2014
So, The Gartner pun kopek batang yang ditebuk ulat tersebut, dan potong ulat tersebut kepada dua bahagian walaupun rasa kasihan. Ulat tu kecil sahaja, nampak macam tak bersalah. The Gartner pun tak sampai hati nak bunuh tapi nak buat macam mana; kalau dibiarkan habislah pokok. Kalau dibunuh, rasanya seperti menghalang rezeki yang Allah telah tetapkan pada makhluk yang kecil ini. Pada The Gartner, apa yang dirosakkan oleh ulat ini adalah bahagian yang tak dapat kita manfaatkan. Sebabnya, kita hanya makan buah bendi, bukannya batang bendi. I'm filled with remorse. Nak biarkan atau nak dibunuh.

Semasa The Gartner tengah mencari ulat yang lain, The Gartner noticed sesuatu. Rasanya, semua yang pernah menanam bendi tahu yang pokok ini tumbuhnya menegak tanpa cabang. Kalau kita hendakkan ianya bercabang, pokok perlu dipangkas pada tahap tertentu supaya cabang yang baru akan keluar. 

Tetapi, beberapa pokok yang diserang oleh ulat ini, walaupun bahagian pucuknya mati, di bahagian bawahnya cabang-cabang baru mula muncul. Bukan satu, tetapi dua tiga!

Cabang baru pada pokok yang pucuknya dimakan ulat.
Cabang baru pada pokok yang lain.
Cabang baru pada pokok yang lain.
Subhanallah, The Gartner terkedu. Begitu indah sekali ciptaan Allah. Sesuatu yang kita nampak seperti perosak, dan perampas rezeki kita, rupa-rupanya membawa hikmah yang terselindung. Disebabkan pucuknya yang mati, pokok ini dengan kuasa Allah mengeluarkan cabang-cabang yang baru untuk menggantikan cabangnya yang lama.

The Gartner simpan dulu cerita ini minggu lepas untuk observe lagi perkembangan cabang-cabang baru pokok bendi ini. Pada 28 October 2014, The Gartner ambil gambar kesemuanya sekali lagi. Cuba bandingkan.
Frontyard Patch, 28 October 2014
Frontyard Patch, 18 October 2014
Walaupun ulat-ulat 'perosak' itu dibiarkan, apa yang kurang? Nothing! Cabang-cabang baru yang muncul tadi pula semakin lama semakin membesar. Di dalam gambar di bawah ini dapat diperhatikan bahagian yang rosak tadi sembuh semula. Cabang yang baru tumbuh pula terus membesar.

Pokok Bendi, 18 October 2014
Pokok Bendi, 28 October 2014
Pada salah satu pokok, cabangnya bukan sahaja tumbuh subur, tetapi berserta sekali dengan putik bunga yang bakal menjadi buah. Apa yang hilang? Apa yang rugi? Nothing! Tetapi bertambah-tambah pula. Minggu ini The Gartner sudah mula memetik bendi-bendi yang sudah cukup besar. Tiada pokok yang mati. Semuanya sihat tanpa cacat cela. Alhamdulillah.

Cabang pada pokok lain yang terus membesar dan berputik.
Inilah pengajaran yang dapat The Gartner perhatikan daripada interaksi antara ulat dan pokok bendi ini. Mungkin ianya kurang signifikan pada orang lain, tetapi bagi The Gartner, this means a lot.

Apa yang ingin The Gartner sampaikan; kadangkala apa yang nampak buruk di mata kita, sebenarnya membawa manfaat kepada kita. Dalam berkebun ini, seringkali tanaman kita dimakan oleh makhluk Allah yang lain. If that happens, janganlah ada perasaaan marah. Buangkan perasaan itu jauh-jauh. Berniatlah agar tanaman kita menjadi sedekah kepada setiap makhluk Allah yang mengambil manfaat daripadanya bermula di saat kita menyemai benihnya. Dan bersyukurlah apabila melihat daun-daun yang berlubang, buah-buah yang ditebuk; kerana sesuatu yang hilang daripada kita itu, pasti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, dan berlipat ganda balasannya, di dunia dan di akhirat. Belum tentu daun-daun, buah-buah, dan batang-batang tersebut membawa manfaat kepada kita. Tetapi apabila ianya dimakan atau dimanfaatkan oleh makhluk Allah yang lain, pahala itu mengalir masuk tanpa kita sedari. Yang penting, ikhlaskan niat, semuanya kerana mengharapkan keredhaan Allah.

Subhanallah. Alhamdulillah. La iilahaillallah. Allahuakbar.

Berkebun ini sebenarnya banyak mengajar kita tentang kekuasaan Allah dan membuatkan kita sedar betapa kerdilnya kita sebagai makhluk Allah. Tetapi, most of the time we failed to see what is happening in front of our very eyes. Banyak yang The Gartner ingin kongsikan, tetapi mungkin di masa hadapan. InsyaAllah.

Thanks for reading.

Gardening Rocks dan Ianya Suatu Ibadah.

Tuesday, 21 October 2014

Frontyard Patch - 18 October 2014

Assalamualaikum.

Kali ini The Gartner nak kongsikan gambar patch di hadapan rumah yang The Gartner mulakan pada 30 August 2014 lepas. Tanah di bahagian depan rumah The Gartner agak keras dan berstruktur tanah liat jadi The Gartner ambil keputusan untuk buatkan batas untuk menanam sayur. After so many considerations, The Gartner semaikan benih pokok bendi memandangkan ianya lebih tahan lasak berbanding pokok lain. Lagipun, tanah di bahagian depan rumah ini terdedah kepada direct sunlight sepanjang hari.

Frontyard Patch, 7 September 2014
Gambar di atas ini diambil pada 7 October 2014 dan anak pokok bendi sudah mula muncul di sebalik sungkupan daun tebu yang tersangat kreatif dan inovatif. Hahaa. Inilah dia teknik sungkupan level pemalas. Kalau nak tiru, silakan. Hahaa.

Alhamdulillah, hujan turun beberapa hari berturut-turut selepas The Gartner menyemai. That surely helps the seeds to germinate. Fast forward satu bulan dan 10 hari, inilah rupa Frontyard Patch saya sekarang ini.

Frontyard Patch, 18 October 2014
Alhamdulillah, pokok bendi tumbuh dengan subur dan mula berbuah. Ditambah pula dengan pokok Kucing Galak yang tumbuh sendiri dengan galaknya. Yang tak berubah cuma satu sahaja, teknik sungkupan yang The Gartner aplikasikan sebelum ini. Teknik sungkupan level pemalas still berjalan. Haha.

Apa yang The Gartner observe, pelepah-pelepah daun tebu yang The Gartner letakkan di bahagian batas yang rendah menjadi tempat berkumpulnya makhluk yang memakan bahan-bahan organik seperti ulat gonggok dan lain-lain. Disebabkan patch ini jauh sedikit dari pili air (paip air pula pendek), The Gartner cuma pancutkan air dari jauh sahaja ke bahagian yang  telah disungkup. Indirectly, sungkupan tadi absorb the impact of the crushing water lalu mengelakkan tanah daripada bertaburan ke merata tempat. Hmm..kadangkala idea pemalas pun ada faedahnya, kan? Hahaa.

InsyaAllah, The Gartner akan updatekan berkenaan pokok di bahagian ini di masa lain. There are also some observation yang The Gartner harap dapat kongsikan berkenaan pokok bendi dan juga musuh ketatnya -ulat pengorek buah dan batang. Observation ini mungkin agak pelik dan diluar kebiasaan. We'll see how things turned out. The Gartner akan karangkan apa yang The Gartner perhatikan.

OK. Until laters.

Thanks for reading. Gardening Rocks!