Monday 28 April 2014

Backyard Garden Update - 27 April 2014

Assalamualaikum.

Hujung minggu yang lepas, The Gartner ambil peluang untuk mengemaskan semula Backyard Garden. Kebanyakan ruang kosong dipenuhi rumpai-rumpai yang tumbuh subur bersama-sama siraman hujan minggu-minggu yang lepas.

So, compare tengok..kemas tak kebun belakang rumah saya ni lepas clearing works dijalankan?

Backyard Garden, 26 April 2014 - Before
Backyard Garden, 27 April 2014 - After
Backyard Garden, 26 April 2014 - Before
Backyard Garden, 27 April 2014 - After
Pokok bendi yang telah berjasa selama ini terpaksa The Gartner retirekan sebab buah yang terhasil dan dituai sudah tiada penggemarnya. Sebelum ini selalunya The Gartner yang makan tapi disebabkan jarang memasak di waktu malam, kebanyakkan bendi yang telah dituai busuk begitu sahaja di dalam peti ais.

Perlu diingat, overproduction is a form of waste. So, rasanya something needs to be done.

Jadi, The Gartner decide untuk cabut kesemuanya dan consider untuk tanam pokok lain pula untuk menggantikan tempatnya. Lagipun, banyak daun bendi yang diserang powdery mildew so alang-alang buang, baik dibuang kesemuanya. The Gartner pernah ceritakan tentang powdery mildew dalam post yang terdahulu (click here to read).

Bendi - Before
Bendi - After. No more bendi for now.
Pak Choy yang ditanam di raised bed juga sudah bersedia untuk dituai so The Gartner potongkan daun-daun yang telah cukup besar dan tinggalkan daun-daun yang masih muda untuk next harvest. Pokok yang telah mati dicabut keluar. Pokok yang terlindung dari matahari pula The Gartner ubahkan ke tempat yang lebih terbuka.

Bila diperhatikan, baru The Gartner perasan yang sebenarnya Pak Choy yang ditanam ada yang berbatang putih dan ada juga yang berbatang hijau. Disebabkan rasanya hampir sama, hentam sajalah..Hahaa..

Ada yang bertanya apa yang The Gartner gunakan untuk membaja sayur-sayuran ni. Jawapannya - Pak Choy ini The Gartner bajakan dengan baja pellet NPK 12:12:17:TE dan juga baja pellet tahi kambing.  Kompos juga ditambah dari semasa ke semasa. Taburan dan semburan epsom salt juga dibuat kalau rajin - dalam 2 minggu sekali.

Pak Choy sebelum dituai.
Pak Choy yang togel selepas dituai.
Anyway, The Gartner noticed yang ada salah satu daripada pokok yang ditanam di dalam pasu daunnya layu walaupun tanah dalam keadaan basah. Upon further inspection, rupa-rupanya bahagian akar telah mereput. The Gartner rasa ini disebabkan tanah yang bersaliran kurang baik dan juga pokok terlindung daripada cahaya matahari.

Pada bahagian akar itu juga The Gartner ternampak beberapa ekor ulat gonggok (?) yang selalunya dijumpai di atas permukaan tanah.

Ulat gonggok pemakan bahan organik pada akar pokok yang telah reput.
My first assumption - pokok rosak disebabkan akar dimakan oleh ulat gonggok. 

Tapi - from what I have read and experienced, ulat ini hanya makan bahan organik. Pokok di sebelahnya baik-baik sahaja. 

Kesimpulan - pokok rosak disebabkan tanah yang bersaliran kurang baik, air yang berlebihan dan kurang terdedah kepada cahaya matahari. Ulat ini hanya makan bahagian yang telah rosak sahaja - apabila ia sudah mereput. Ulat ini tak jahat laa sangat, cuma buat kerja dia tetapi sering disalahertikan. Hee.

Banyak juga yang The Gartner tuai kali ini sampai terpaksa dimasukkan ke dalam tudung saji. Kalau masuk dalam mangkuk biasa tu memang penuh laa. Setelah dibersihkan dan dikelaskan - buang mana yang layu, kuning dan rosak, dapat laa dalam 3/4 dari apa yang dituai. Alhamdulillah.

Tuaian Pak Choy - sebelum dicuci dan dikelas.
Tuaian Pak Choi - bersedia untuk dimasak.
Daun-daun yang terpaksa direject pula The Gartner masukkan ke dalam tong kompos. Disebabkan tak sempat nak dipotong kecil-kecil, The Garter terus masukkan sahaja kesemuanya. Mungkin di kesempatan lain baru digunting supaya lebih kecil dan mudah diuraikan oleh bakteria, kulat dan cacing dalam tong kompos ni.


Balance tuaian yang direject dimasukkan ke dalam tong kompos.
Sebenarnya banyak lagi yang The Gartner nak kongsikan tetapi mungkin di lain kesempatan kerana kesuntukan masa.

OK. That's all for now. Thanks for reading.

Akan bersambung di kesempatan lain. Until laters. Gardening Rocks!

2 comments:

  1. Salam Tarique,

    Mak Aji nak tanya, tong kompos tu ditutup ke tidak? Mak Aji guna tong polisterin jugak utk kompos (pertama kali buat ni) dan Mak Aji tutup. Mohon nasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,

      Saya pun tutup tong kompos tu..cuma buka seminggu sekali untuk gaul dan biar anginkan sikit untuk kurangkan kelembapan..kalau rajin boleh buat lebih kerap so kompos lebih cepat menjadi..

      Delete