Wednesday 5 February 2014

Backyard Garden Update - 3 February 2014

Assalamualaikum.

The Gartner kembali semula ke Kajang pada malam Ahad dan sampai ke rumah dalam pukul 5 pagi. Not bad laa bertolak pukul 11 malam sampai pukul 5 pagi - 6 jam perjalanan. Sampai saja di rumah tunggu masuk waktu solat Subuh, solat dan kemudiannya tidur. Bangun sahaja dari tidur around 9.30 pagi terus ke Backyard Garden - tak sabar-sabar sampai gosok gigi pun tak sempat. Yes, tooth-brushing can wait a few hours. Tengok pokok yang ditinggalkan berhari-hari lebih penting. Hee. *Click here untuk baca update sebelum balik kampung.

So, disebabkan kebun kecil ini tiada sistem pengairan ataupun sprinkler yang seangkatan dengannya maka most of the plants jadi kering dan layu as expected. Sebelum bagi semua minum, The Gartner snap some photos and check on their condition. Alhamdulillah, tiada yang mati tetapi banyak yang layu without hope lagi dah. Sabar je lah..lepas ni kene pasang DIY punya sprinkler system.

Di bawah ni adalah overview Backyard Garden on 3 February 2014. Boleh nampak tahap kekeringan pokok. Daun-daun yang sebelum ini hijau dah bertukar warna kepada perang. And still, banyak kawasan masih kosong dan menanti untuk diisi dengan anak-anak pokok.

Backyard Garden, 3 February 2014
Backyard Garden, 3 February 2014
Kacang Panjang Renek agak terjejas dengan ketiadaan air ini dan menyebabkan most of its leaves layu dan luruh. Tapi pokok masih dalam keadaan baik. Siap ada 2-3 biji kacang tergantung walaupun agak terbantut.

3 pokok Tomato Besar yang ditanam di dalam pasu dan container masih bertahan. Tapi, upon further inspection, most of the flowers failed to turn into fruits dan luruh ataupun layu. Alhamdulillah, at least pokok masih survive. Buah yang sudah terbentuk pada pokok di dalam tong styrofoam juga menjadi berkedut-kedut seperti yang pernah diceritakan dalam post lepas (click to read) - akibat kekurangan air berterusan.

So, apa yang The Gartner buat adalah remove all those dead leaves - convert jadi mulching. Letak balik dalam pasu so tanah tak mudah kering.

Kacang Panjang Renek & Tomato Besar - 3 February 2014
Kacang Panjang Renek yang kekeringan.
Pokok Cili Bara pula nampak tetap tegap walaupun daun-daunnya dah mula menguning dan mengerekot. Memang pokok ini agak manja dan perlu dipastikan agar sentiasa mendapat bekalan air secukupnya.

Bila The Gartner tengok secara dekat, baru nampak yang aphids sudah mula menyerang bunga-bunga pada pokok. Semut-semut merah juga banyak dan menjaga aphids from predators such as ladybugs. Itulah sebabnya kalau nak hapuskan aphids menggunakan ladybird, kena pastikan semut-semut dimusnahkan dulu.

Bagaimana nak menjemput ladybirds ke kebun anda? Tak perlu dijemput kerana di mana ada aphids, di situ lambat laun pasti akan ada ladybirds. 

Bagaimana nak musnahkan semut? Banyak cara - cerita di lain kali. Hee.

Cili Bara, 3 February 2014
Aphids menyerang pokok especially bahagian bunga.
Cherry Tomato juga agak terjejas since it also need a lot of water to grow well. Banyak dahan yang menjadi kering dan layu. Buah dan bunga juga terjejas and I could observe banyak buah mula masak walaupun masih kecil - pembentukan buah yang tidak sempurna. Apa yang boleh dibuat adalah - sabar - potong dahan yang telah kering - remind diri sendiri sekali lagi pasang sprinkler system even DIY pun jadilah.

Dalam ketika pokok lain kekeringan, pokok terung pula mengeluarkan buah yang ke-dua. Hahaa. Walaupun agak lambat tetapi The Gartner terima seadanya. Hopefully terung kali ini tak teruk dirosakkan seperti terung yang diceritakan dalam post sebelum ini (click to read).

Cherry Tomato, 3 February 2014
Terung berbuah tunggal walaupun dihurung aphids.
The Gartner juga sudah menanam semula Sweet Potato disebabkan banyak tong styrofoam tak berisi apa-apa. Hopefully kali ini lebih manjadi daripada harvest sebelum ini (click to read).

Yellow Cosmos yang sebelum ini hijau dah menjadi sangat kering. Hahaa. However, it's OK since now I've got more seeds to plant this lovely thing all over Kajang. Kikiki..

Sweet Potato, 3 February 2014
Yellow Cosmos, 3 February 2014
Semaian Pak Choy dan Kobis Cina surprisingly dalam keadaan baik walaupun kekurangan air. Lepas ini, The Gartner akan pindahkan most of it ke raised bed since makluk perosak sudah kurang mengganggu. These would be my green harvest hopefuls.

Ada beberapa biji mulberry yang sudah ranum walaupun dalam keadaan kering. The Gartner petik kesemuanya and include it into the harvest to add some colours.

Semaian Pak Choy & Kobis Cina, 2 February 2014
Mulberry yang telah ranum.
Pokok Cili Besar yang sebelum ini diserang penyakit (click to read) sudah di hard-prune selepas dituai. Cili-cili yang dituai pula berkedut-kedut dan agak kurang segah. Pasu juga telah diubah ke kawasan yang lebih dekat dengan paip air. Hmm..mungkin The Gartner kena cuba tanam cili semula selepas ini.

Sepasu Halia yang ditanam sejak dahulu lagi tiba-tiba mengeluarkan kudup bunga. Nice..I'm excited to have it blooming in front of my eyes.

Tong kayu di sebelah tu is currently my compost bin. The Gartner plan to fill it up a little bit more - masukkan tanah sampai penuh so it become some sort of a raised bed - then tanam some herbs. Hopefully lebih menjadi daripada tanam di dalam besen.

Pokok Cili Besar dan Halia yang telah diubah lokasinya.
Kudup bunga pada pokok halia.
So, after belek-belek semua pokok dan harvest apa yang patut, inilah hasilnya - tuaian di hari yang kering. Lepas tuai terus The Gartner bagi semua minum air. Jangan putus asa my plants - your days ain't over yet. Hee.

My Harvest, 3 February 2014
OK. Thanks for reading. Until later. Gardening Rocks!

7 comments:

  1. Byk tuaian tu wp hari kering..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..still ada tuaian..itu sebabnya saya suka tanam bendi..hasil tak putus.. :)

      Delete
  2. The Gartner kene hati-hati dengan tong kompos tu. Saya juga ada seperti itu dan ada ular mengeram telur di dalamnya. Ular suka kompos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Awin,

      Thanks for reminding..betul jugak tu..memang sedap laa kalau dia lepak dalam tu..cozy..hee..

      Delete
    2. lps jumpa ular lama juga saya tak berkebun. fobia. Lepas hapuskan tong kompos baru berani sekarang. hehe...

      Delete
  3. Suke care Tarique buat entry, nice writing and pics attached. Tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdanmanis..thanks for the compliments. :)

      Delete