Friday 22 August 2014

Mini Cucumber - 17 August 2014

Assalamualaikum.

Kali terakhir The Gartner ceritakan tentang Mini Cucumber ini adalah pada 3 August yang lepas (click here to read). Setelah beberapa lama menunggu, Mini Cucumber masih belum bertambah buahnya. Yang tetap maintain hanyalah sebiji timun terlajak hari yang The Gartner biarkan untuk ambil benihnya. Melihatkan daunnya yang semakin lama semakin jauh menjalar sehingga mengganggu cahaya matahari ke raised bed, The Gartner decide untuk cabut pokok yang tidak mendatangkan hasil dan tinggalkan satu sahaja. Lagipun, serangan serangga perosak is getting out of control sehingga The Gartner pun biarkan sahaja mereka bermaharajalela.

Semasa mencabut daun-daunnya dari pagar, The Gartner ternampak 2 biji timun yang baru terbentuk. Selepas diperiksa, kedua-duanya pada pokok yang The Gartner decide untuk dibiarkan. Terus rasa teragak-agak nak cabut kesemuanya bila memikirkan yang serangga pendebunga sudah mula hadir dan menjalankan kerjanya. Tetapi bila ternampak kekabuh timun dan kumbang kura-kura melompat-lompat, The Gartner cabut sahaja kesemuanya.

Mini Cucumber, 21 July 2014
Mini Cucumber, 9 August 2014
Gambar di bawah ini diambil selepas pokok hanya satu pokok sahaja dibiarkan. Selepas hanya tinggal satu sahaja pokok, serangan kekabuh timun dan kumbang kura-kura semakin berleluasa disebabkan tiada tempat lain untuk mereka pergi.

Mini Cucumber, 17 August 2014
So, akhirnya pada hari Ahad lepas, The Gartner cabut kesemuanya sekali dan petik timun-timun yang ada. Alhamdulillah, ada 2 biji timun yang boleh dimakan dan 1 biji timun untuk dibuat benih. Secara keseluruhan, pada cubaan kali kedua ini, The Gartner dapat 4 biji timun dan juga pengalaman yang sangat berharga. InsyaAllah, cubaan ketiga akan menyusul di masa hadapan.

Di bawah ini adalah gambar-gambar Mini Cucumber sebelum The Gartner petik untuk dimakan begitu sahaja. Buah yang telah tua pula The Gartner ambil bijinya untuk dijadikan benih.

Mini Cucumber yang terbentuk.
Satu lagi yang berbentuk bengkok sedikit.
Mini Cucumber tua yang disimpan untuk dijadikan benih.
Setakat itu sahaja update berkenaan Mini Cucumber ini. That's all for now. Thanks for reading.

NOTE:
InsyaAllah, Team Backyard Gartner akan menjalankan jualan secara live sekali lagi pada hari Ahad ini, bertempat di Plaza Metro Point, Kajang, bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Free gift will be given with each purchase. Jemput berkunjung. Thank You.

Gardening Rocks!

2 comments:

  1. Salam Tarique,

    Kalaulah dekat mahu je Mak Aji ke Plaza Metro Point untuk jenguk jualan pokok tu. Mak Aji ketika bulan puasa hari ada ke situ untuk ambil kuih raya daripada salah seorang pembekal kuih raya bagi pihak anak Mak Aji - kat khemah putih di sisi kompleks tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,

      Kalau ada datang ke Kajang, silalah berkunjung. InsyaAllah, hujung minggu ini pun mungkin akan buka juga. Saya terlupa nak bawa benih Mini Cucumber untuk Mak Aji semasa berkunjung ke rumah hari tu. Hee..sorry..

      Delete