Tuesday 8 July 2014

Backyard Garden Update - 8 July 2014

Assalamualaikum.

Hari ini The Gartner just nak kongsikan some photos of from the Backyard Garden yang sekarang ini agak low production. Sepanjang bulan puasa ini, The Gartner agak occupied dengan The Baby so banyak benda yang tak sempat nak dibuat kecuali menyiram pokok sahaja.

Backyard Garden, 8 July 2014
Backyard Garden, 8 July 2014
Until now, raised bed yang The Gartner rehatkan sebelum ini masih belum berpenghuni. Sepatutnya bahagian ini ditanam dengan Pak Choy dan Choy Sam yang The Gartner semai sebelum ini, tetapi bila melihatkan kepada anak pokok yang bercambah, rasa kurang senang hati pula. Selepas ditinggalkan hujung minggu lepas, jadi agak pelik kesemuanya. Pertumbuhannya pun agak terbantut walaupun telah lama disemai. The Gartner akan transfer apa yang ada dan kemudiannya semai semula.

Anak Pak Choy, 8 July 2014
Anak Choy Sam, 8 July 2014
Dua tong styrofoam yang sebelum ini disemai dengan benih lobak merah pula langsung tidak menjadi. The Gartner hanya nampak 2 anak pokok bercambah dan selepas beberapa lama, tiada lagi. Probably disebabkan benih yang disemai sudah expired, ditambah lagi dengan skill menyemai yang masih di tahap beginner. Since masih ada balance benih, Insyaallah, The Gartner akan semai semula and hopefully menjadi. 

Raised bed dan tong styrofoam yang masih belum berpenghuni.
Besen yang sebelum ini ditanam dengan Daun Kesum dan Ubi Sayur sudah diclearkan minggu lepas. Disebabkan Ubi Sayur tu dah melimpah keluar dari bekasnya, The Gartner cabut kesemuanya, petik bahagian yang muda untuk dimasak dan simpan keratan batangnya untuk ditanam semula. Daun Kesum pula dibiarkan sahaja sebab tak terlalu banyak. Bahagian kosong kemudiannya The Gartner tanam dengan beberapa pokok Halia yang sebelum ini ditanam di depan rumah. So far, kesemuanya hidup dengan jayanya.

The Gartner sudah hampir satu tahun tidak membeli halia di kedai. Since The Gartner pun kurang memasak di rumah, if nak pakai sedikit halia, The Gartner cuma cabut pokok halia yang telah matang, potong satu atau dua inci bahagian yang diperlukan dan tanam semula pokok ke dalam tanah. Kalau lepas itu nak pakai lagi, cabut semula, potong dan tanam semula. Hahaa. Setakat ini The Gartner sudah ada dalam 8 rumpun halia so bekalan halia sudah terjamin.

Besen yang ditanam dengan Daun Kesum dan juga Halia.
Gambar besen yang sama sebelum dibersihkan.
Keratan Ubi Sayur yang mula mengeluarkan daun.
Batang Mulberry yang dicucuk ke dalam tanah sebelum ini semakin hari semakin gemuk. The Gartner bercadang nak pindahkan kesemuanya ke dalam polibeg, tetapi polibegnya belum memunculkan diri lagi. Bekalan tanah pun sudah kehabisan so nak kena cari atau beli lagi selepas ini.

Mulberry, 23 June 2014
Mulberry, 8 July 2014
Kangkung yang The Gartner tanam sebelum ini rasanya sudah boleh dituai walaupun ianya kurus-kurus sahaja. Hahaa. Inilah akibatnya menanam tanpa soil preparation yang mencukupi.

Beberapa rumpun Kunyit di raised bed bahagian tepi semakin hari semakin membesar. The Gartner pun sememangnya agak kurang menggunakan daun kunyit so biarkan sahaja dahulu. Mungkin ada request dari kampung dekat-dekat nak raya nanti.

Kangkung, 8 July 2014
Kunyit, 8 July 2014
Satu pokok Cherry Tomato di dalam tong styrofoam yang The Gartner pun sudah lost track jenisnya sudah mula mengeluarkan bunga. Alhamdulillah. Di dalam tong yang sama, sebatang pokok Cili Bara yang The Gartner pangkas sebelum ini sudah mula mengeluarkan daun baru dan juga berbunga.

Cherry Tomato, 8 July 2014
Bunga pada pokok Cherry Tomato
Lastly, ini adalah bekas yang The Gartner gunakan untuk menanam kunyit yang berada di dalam simpanan The Gartner yang sudah bercambah. Disebabkan sayang nak dibuang, The Gartner masukkan di dalam kotak susu yang sudah dipotong dan masukkan tanah secukupnya. Selepas beberapa hari, sudah mula ternampak tunasnya semakin membesar.

Kunyit yang ditanam di dalam kotak.
Tunas pokok kunyit yang mula muncul.
So, that's all for now. Banyak lagi yang The Gartner nak buat tapi tak sempat especially transfer anak-anak pokok ke tempat yang lebih sesuai dan semai benih-benih baru. Insyaallah, semuanya akan diselesaikan next weekend. Kena curi masa sikit nak berkebun dalam bulan puasa ni. Hahaa.

OK. Thanks for reading. Gardening Rocks!

5 comments:

  1. Salam Tarique,

    I beli biji benih (dekat mana ntah lupa dah. tapi like pasaraya cold storage kot) and semai tapi tak tumbuh2! Semai benih kali pertama tak tumbuh, semah benih kali kedua pon tak tumbuh juga. Macam tarique cakap benih tu expired mungkin. Bazir je beli. Pastu semalam beli je kat semua menjadi tu. Katanya hari ni post. Nak tgk menjadi ke tidak hehe.

    Traique, nak tanya. I ada nmpk macam wire kat dalam kotak styrofoam tu and di sekitar kebun. Apa tu? Boleh kongsi? I pon ada serumpun halia tapi tak berani nak cabut coz takut belum cukup matang ubi nya. Nanti nak try check. Tapi misal kata I cabut yang belum matang and tanam semula tumbuh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey,

      Kalau beli dengan SM, Insyaallah, semua menjadi..hahaa..actually yang macam wire tu tiub untuk pengairan secara automatik..pakai pam aquarium and timer..tapi masih belum fully set up..pokok pun tak banyak lagi..bila dah fully set up saya akan updatekan di blog..pasal halia tu rasanya tak ada masalah kalau dicabut..cuma jangan rosakkan akarnya..mungkin daunnya akan kering sedikit lepas ditanam semula tapi lepas tu dia akan tumbuh balik..

      Delete
  2. Suburnya Ubi sayur tu...rasa mcm nak tanam jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..subur sangat sampai terkeluar dari bekas..tanam lah..daunnya kalau dibuat goreng sambal belacan lagi sedap dari kangkung..

      Delete
  3. Lobak merah suka air yang banyak... kalau bercambah tu insyaallah menjadi ..jangan biarkan tak bersiram macam yang akak buat..:)

    ReplyDelete