Wednesday 23 July 2014

Mini Cucumber - 21 July 2014

Assalamualaikum.

Setelah beberapa hari menunggu, akhirnya salah satu bunga Mini Cucumber yang The Gartner hand-pollinate menjadi juga. Alhamdulillah. 

Walaupun The Gartner buat pada banyak bunga, hanya satu sahaja yang menjadi. Bila difikirkan semula, this whole experience sebenarnya taught me something new. Kalau bunganya menjadi kesemuanya, for sure The Gartner tak akan belajar pasal hand-pollination. Dari apa yang The Gartner baca, memandangkan bunga timun adalah berasingan jantan dan betinanya so serangga pendebunga diperlukan untuk membolehkan buah terbentuk. However, lebah kurang menggemari bunga timun disebabkan ianya tumbuh secara jarang. Lebah lebih prefer bunga yang berkelompok dan dekat-dekat so tak banyak kerja perlu dilakukan untuk mengutip nektar dari setiap bunga. Terbang sikit dah sampai, terbang sikit dah sampai. So, bunga seperti timun ini dianaktirikan terutama sekali bila ditanam satu atau dua pokok seperti ini. Lebah pun malas nak layan. Hahaa.

Alhamdulillah, pertumbuhan pokok sangat memberangsangkan walaupun berterusan diserang oleh kekabuh timun dan kumbang kura-kura. The Gartner ada ternampak aphid juga sudah mula hinggap pada kudup bunga tetapi populasinya masih boleh dikawal.

Mini Cucumber, 12 July 2014
Mini Cucumber, 21 July 2014
Gambar di bawah ini adalah bunga yang The Gartner hand-pollinate sebelum ini. Setelah beberapa hari, ia mula membentuk buah yang comel. Comel tapi berduri. The Gartner keep on repeat the hand-pollination process pada bunga lain yang kembang setiap pagi dan petang tetapi belum menampakkan hasilnya. Insyallah, kalau ada rezeki, menjadilah ia. Sebelum ini The Gartner hanya gunakan tangan tetapi selepas mengorek di internet, The Gartner gunakan putik kapas pula sebagai replacement. Ada yang advice that it is better menggunakan berus lukisan yang halus untuk proses hand pollinate, tapi memandangkan The Gartner malas nak pergi beli berus, putik kapas saja lahh..

Mini Cucumber, 13 July 2014
Mini Cucumber, 17 July 2014
Gambar di bawah ini adalah daun pada pokok Mini Cucumber ini yang diserang oleh beberapa jenis serangga. So far, kaedah kawalan serangga yang The Gartner praktikkan hanyalah tangkap dan penyet.
  1. Bahagian daun yang berlubang adalah disebabkan oleh kekabuh timun. Kebiasaannya ia melepak di bahagian bawah daun dan terbang apabila diusik.
  2. Bahagian yang berwarna putih seperti jaring adalah disebabkan oleh kumbang kura-kura yang suka memakan bahagian lembut pada daun.
  3. Bahagian yang berwarna putih dan berselirat adalah disebabkan oleh serangan pengorek daun atau leaf miner.
Daun Mini Cucumber dengan kesan rosak oleh serangga yang berlainan jenis.
Gambar di bawah ini adalah close-up bahagian yang dimakan oleh kumbang kura-kura dan juga gambar kekabuh timun yang berleluasa dan bertambah populasinya sejak The Gartner menanam Mini Cucumber ini.

Daun yang dirosakkan oleh serangga.
Kekabuh Timun.
Setelah beberapa hari dibiarkan, buah tunggal pada pokok Mini Cucumber ini sudah sedia untuk dipetik. Perhatikan perbezaan saiznya setelah dibiarkan selama 4 hari. Memang sangat exciting. The Gartner syorkan kepada semua untuk menanam Mini Cucumber especially kepada gardeners yang ada pagar. Hehee..

Mini Cucumber, 21 July 2014
The Gartner belum makan lagi timun ini walaupun sudah dipetik beberapa hari. Asyik terlupa sebab masuk waktu berbuka saja terus makan nasi. Dah kenyang baru ternampak timun ini di atas kabinet. Hahaa.

OK. That's all for now. Sekiranya ada soalan, feel free to ask in the comment box. I'll try to get back to you as soon as possible.

Until laters. Thanks for reading. Thank You.

Gardening Rocks!

2 comments:

  1. Camne nak semai benih timun ni? Teringin jugak nak tanam, sebab laman rumah pun berpagar, thanks utk info tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli benih timun ini dari My Lestary Seeds (http://www.mylestaryseeds.com.my)..boleh order secara online..terima kasih..sama-sama..

      Delete