Tuesday 15 July 2014

Mini Cucumber - 12 July 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sehingga sekarang pokok Mini Cucumber yang The Gartner tanam semakin lama semakin besar. Ianya sudah mula menjalar di pagar dan daun-daunnya juga mempunyai saiz yang agak besar walaupun dilubangi oleh kekabuh timun dan kumbang kura-kura.

Dalam masa 2-3 minggu ini, The Gartner keep on observing pokok ini untuk melihat kalau-kalau ada bunganya yang melekat menjadi buah, tetapi hampa. Kesemuanya kering dan luruh after a few days. So, The Gartner pun try dengan supply pokok-pokok ni dengan baja NPK 12:12:17:TE dan terus menanti. However, still no sign of flowers turning into fruits.

Mini Cucumber, 23 June 2014
Mini Cucumber, 12 July 2014
Last weekend, The Gartner noticed yang pokok ini tidak dihinggapi mana-mana serangga pendebunga seperti rama-rama, kupu-kupu ataupun lebah. Bunganya juga kembang secara tak sekata. Ada bunga yang kembang lebih awal daripada yang lain. Bunga jantan pula tiada langsung yang kembang. Yang ada hanya kudup bunga ataupun yang telah kering.

Disebabkan tak tahan melihat pokok yang still tak berbuah, on Sunday, The Gartner terjumpa 2 bunga jantan yang sedang kembang, so hand-pollination dijalankan. Alhamdulillah, ada 2 kuntum bunga betina yang sedang kembang, jadi The Gartner sentuhkan bahagian debunganya ke bahagian dalam bunga betina tersebut. Saiznya memang cukup-cukup so The Gartner tinggalkan pangkal bunga jantan itu di dalam bunga betina dan ikat bahagian kelopaknya.

Bunga yang didebungakan dengan tangan dan diikat.
Now, The Gartner teruskan menanti. Insyaallah, kalau ada rezeki menjadi. The Gartner still wonder kenapa tiada serangga pendebunga hinggap pada pokok ini. Memanglah hand-pollination boleh dilakukan tetapi The Gartner rasa lebih baik sekiranya ia terjadi secara semulajadi.

Tak kisahlah. Anyway, to prevent this problem, rasanya The Gartner kena tanam pokok ini secara berperingkat. Maksudnya, semai dahulu benih batch pertama dan selepas 2 atau 3 minggu, semai pula benih batch kedua. Sebabnya, pada peringkat awal, lebih banyak bunga jantan dihasilkan so ianya boleh dikutip untuk hand pollination pada pokok batch pertama yang lebih lama ditanam dan banyak mengeluarkan bunga betina.

That's my observation sahaja. Entahlah betul ke tidak. Haha. At least I learnt something new this time.

That's all for now. Thanks for reading. Gardening Rocks!

4 comments:

  1. the gartner..jalan2 blog.wahh very talented in gardening yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi nurul ain..thanks for dropping by..saya tak lah talented sangat..masih belajar..hee..

      Delete
  2. bestnya nak kene tanam jugak pokok mini cucumber ni, sebab bugs x suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..boleh cuba..setakat ni saya cuma berperang dengan kekabuh timun dan juga ladybird herbivor..aphid and mealy bugs memang tak ada..

      Delete