Thursday 17 July 2014

Backyard Garden Update - 13 July 2014

Assalamualaikum.

Last weekend tak banyak yang The Gartner buat kecuali pindahkan pokok limau nipis yang ditanam di depan rumah ke dalam tong styrofoam di belakang rumah. Apart from that, The Gartner semaikan benih Kacang Buncis ke dalam another tong styrofoam, dan juga Kacang Panjang Renek dalam bekas 5L memandangkan ada banyak bekas yang kosong tak berpenghuni. The Gartner juga ada semai beberapa biji benih Bunga Matahari yang dibeli di Manjung sebagai percubaan dan benih sawi dari jenis Choy Sam sebab sudah terlalu lama dalam simpanan. 

Balance benih lobak merah dari jenis Royal Chatenay, Paris Market dan Imperator 58 juga The Gartner semaikan with the lowest hope disebabkan percubaan yang gagal sebelum ini. Anyway, hopefully ada yang menjadi. Insyaallah.

Comparing to the photo from previous update, tak banyak yang berubah kecuali additional satu tong styrofoam dan juga pokok Mini Cucumber yang semakin pandai menjalar.

Backyard Garden, 3 July 2014
Backyard Garden, 13 July 2014
Ini adalah close up view tong styrofoam yang The Gartner gunakan. Dari kiri: Limau Nipis, Cherry Tomato & Cili Bara dan Kacang Buncis. 

Pokok Limau Nipis ini The Gartner beli ketika outstation di Mersing. Sudah sekian lama saiznya tetap tak berubah jadi The Gartner pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar. Hopefully lepas ni semakin subur dan berbuah. Sebelum ini ianya pernah berbunga tapi kesemuanya luruh, mungkin disebabkan keadaan yang kurang sesuai di depan rumah. The Gartner ada ternampak pokok yang one of the neighbour tanam di dalam pasu semasa bawa The Baby pergi bermain di playground. Pokoknya ditanam dalam pasu yang lebih besar dan banyak buahnya walaupun tingginya less than 1.5 meter. The Gartner rasa tercabar, the next morning terus tukar pokok yang ada ke dalam tong besar ni. Hahaa.



Nampak tak pokok Cherry Tomato yang layu tu? Sumpahan fusarium wilt yang pernah diceritakan sebelum ini (click here to read) masih lagi ada. The Gartner terpaksa buat bodoh sahaja and hopefully this plant recovered. Dalam hati berharap yang ianya layu bukan disebabkan fusarium wilt.

Bahagian atas pokok Cherry Tomato yang layu.
Anak Pak Choy yang The Gartner semaikan sebelum ini dipindahkan ke raised bed walaupun keadaannya agak kelakar. Kesemuanya seperti hidup segan tapi still nak hidup. Selalunya The Gartner buangkan sahaja anak pokok seperti ini tapi kali ini The Gartner cuba tanam juga - just to try to defy the odds. Hahaa. Konon - sebenarnya sebab malas nak menyemai lagi. Kalau ada rezeki, tumbuhlah mereka. Kalau tiada rezeki, lepas raya repeat lagi.

Raised Bed, 13 July 2014
Anak Pak Choy, 13 July 2014
Di bawah ini adalah Ubi Kentang yang The Gartner tanam daripada ubi yang sudah bertunas. Actually this is my second trial. Cubaan pertama adalah semasa The Gartner baru-baru belajar gardening. Ianya gagal disebabkan tanah yang water-logged disebabkan air tak dapat keluar dari bahagian bawah tong. Potato memerlukan tanah yang mempunyai saliran yang baik dan kurang padat so The Gartner sediakan mixture tanah yang lebih berpasir untuk tong ini. Insyaalllah, kalau menjadi, The Gartner akan updatekan in the future.

Potato, 13 July 2014
Last sekali, Kunyit yang ditanam dalam kotak susu sudah mula bertunas dan mengeluarkan daun. Alhamdulillah. Agak seronok melihat pertumbuhannya yang pantas dan warna daun kunyit yang segar. The Gartner masih belum ada idea apa nak dibuat dengan pokok kunyit ini once kesemuanya sudah besar. Simpan dululah..

Kunyit, 8 July 2014
Kunyit, 13 July 2014
This week The Gartner just wait for the seeds to germinate. Alhamdulillah, ada yang sudah mula bercambah. More updates coming later.

OK. That's all for now. Thanks for reading. Gardening Rocks!

2 comments:

  1. Salam Tarique,

    I dulu ada tanam pokok kentang and dah tumbuh paras lutut tapi makin lama makin layu dan terus mati. Tak tau lah kenapa.

    Psssttt I nampak jiran sebelah you tu tanam pokok ubi kayu eh? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey,

      Mungkin disebabkan tanah yang terlalu lembab..my first trial pun sama..mati after separas lutut..yupp..dia tanam ubi kayu and some other vegetables..but I'm not sure what it is..

      Delete