Friday 24 January 2014

Backyard Garden Update - 24 January 2014

Assalamualaikum.

How to easily describe it? - Tak sempat.

Minggu ini The Gartner occupied by perpindahan ke office baru. I've been working at the same company for 6 years. Orang lain bertukar kerja, The Gartner cuma bertukar dari office yang buruk ke yang baru. Anyway, masa yang spent on the Backyard Garden still sama, cuma tak berkesempatan to put everything in here.

OK. Let's start.

This are the overview photos of the Backyard Garden captured on 20 January 2014.  Nothing much is going on dan The Gartner masih lagi kecewa tak dapat menangkap perosak sayur-sayuran daun. Tanah yang diambil sejak minggu lepas masih lagi di dalam bekas dan belum dicampur-campur lagi.

Backyard Garden, 20 January 2014
Backyard Garden, 20 January 2014
The week before, The Gartner ada semai some seeds untuk tambah varieti tumbuhan di Backyard Garden. But I'm such a lousy gardener dalam bab menyemai. Huu. Buktinya, from all the seeds yang disemai, hanya satu anak pokok Tomato Yellow Pear dan Tomato Besar XX yang tumbuh. Benih Coriander, Korean Mint Licorice, Chinese Celery dan Mint yang disemai dalam besen still tiada progress - yang tumbuh hanyalah anak-anak rumput dan rumpai. The Gartner nak kena tambah skill menyemai - especially benih yang kecil dan lambat bercambah macam terung, cili and other herbs.

Semaian dalam besen yang mengecewakan.
Benih-benih tomato disemai dalam polibeg.
However, benih Mini Cucumber berjaya bercambah dan tumbuh dengan jayanya. 4 pokok ditanam di bahagian yang sebelum ini ditanam dengan jagung. Sengaja The Gartner tanam di sini jadi pokok dapat terus memanjat ke pagar. Pada mulanya tanah agak dipenuhi clay tetapi The Gartner tambahkan dengan pasir sungai dan juga kompos daripada rumput to improve its structure. Hopefully all goes well and very well. Hee.

Mini Cucumber ditanam di tepi pagar.
Mini Cucumber, 20 January 2014
Salah satu pokok Tomato Besar di dalam bekas 5L yang berbuah sebelum ini The Gartner perasan yang pertumbuhannya agak perlahan. Lepas diperiksa didapati yang batang yang terletak di dalam tanah telah mereput. Bahagian luar yang berwarna hijau totally hilang dan yang tinggal hanyalah bahagian yang berkayu. Sepatutnya bahagian yang tertanam akan membentuk akar yang baru. Sebenarnya The Gartner dah agak ini akan terjadi jadi awal-awal lagi tanah ditambah pada pangkal pokok supaya akar baru akan terbentuk dan menggantikan peranan akar di bahagian bawah. Dalam gambar di bawah ini, boleh dilihat akar berada di bawah dan juga di atas. Akar di bahagian atas adalah akar yang baru terbentuk.

Pokok Tomato Besar XX yang reput pada bahagian batang yang tertanam.
So, The Gartner potong bahagian yang telah rosak dan tanam semula pokok di atas tanah. Nampak macam agak pendek sebab sebahagian batang pokok ditimbus di bawah tanah. Setakat ini pokok tiada masalah untuk terus membesar dan buahnya juga dalam keadaan baik walaupun belum ada daun baru atau pucuk bunga yang terbentuk. Satu lagi pokok di dalam bekas 5L dalam keadaan sihat dan sudah mula berbunga. Buah juga sudah mula terbentuk tetapi saiznya lebih kecil dari buah pada pokok yang telah dipindahkan ini.

Close-up bahagian akar yang baru terbentuk.
Pokok ditanam semula selepas dipotong.
The Gartner juga ada noticed yang semut merah banyak yang hurung pangkal bendi daripada peringkat bunga sampailah buah bendi terbentuk. Tak tahu apa yang dibuat, mungkin menyedut manisan dari situ. Tapi, bila bendi dah besar, cuba lihat defect yang ada pada bahagian pangkal buah seperti di bawah ini. Sampai berlubang-lubang kena gigit.

Defect pada pangkal buah bendi disebabkan oleh semut.
Pokok Kacang Panjang Renek pula dah berbunga sekali lagi. Barulah The Gartner tahu yang bunganya akan tumbuh di bahagian yang sama setiap kali. So, note to self - jangan potong bahagian ini semasa menuai. Biarkan sahaja sebab nanti bunga dan buah yang baru akan terhasil.

Kacang Panjang Renek, 20 January 2014
Kacang Panjang yang baru terbentuk.
Surprisingly, batang Cherry Tomato yang patah dan kemudiannya dicucuk ke dalam tanah sebelum ini telah mula berbunga - dan berbuah. Walaupun rendah tapi buah masih berjaya terhasil. The Gartner plan nak masukkan dalam pasu kecil dan letak di atas meja - pasti menarik tengok pokok yang kecil pun dapat berbuah.

Cherry Tomato yang ditanam dari batang yang patah.
Buah yang terhasil pada pokok cherry tomato.
Yellow Cosmos juga telah mula berbunga. The Gartner ternampak 2 - 3 putik yang belum kembang sepenuhnya dan snap a few photos. Rupa-rupanya ada satu yang telah kembang di bahagian bawah. Nice. Yellow Cosmos yang manis rupanya. Hee.

Yellow Cosmos, 21 January 2014
Putik bunga Yellow Cosmos.
My First Yellow Cosmos, 21 January 2014
So, that's all for now. Sebenarnya ada banyak yang nak diceritakan tapi disebabkan asyik tertangguh, habis lupa most of it. Hahaa.

OK. Until later. Keep on gardening. Gardening Rocks!

2 comments:

  1. Nnt putik2 yellow cosmos tuh dah kembang mesti cantik.....nmpk subur jer pokok dia...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lynna..i never thought such simple flowers could be so beautiful..memang sangat cantik bila dah kembang..bunganya pun tahan 2 3 hari..dah dapat benih from the first flower so lepas ni boleh tanam banyak lagi..

      Delete