Monday 9 December 2013

Tebu Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Di laman hadapan rumah The Gartner ada ditanam serumpun tebu. Sengaja ditanam sebab nak tengok pokok tebu secara dekat dan teringin nak merasa makan tebu seperti di zaman kanak-kanak. Pada mulanya The Gartner cucuk sahaja keratan tebu ke dalam tanah, tapi setelah seminggu, tiada pucuk yang tumbuh. Setelah consult Uncle Google rupa-rupanya nak tanam tebu ni keseluruhan keratan yang ada tunas perlu dibaring dan dikambus dengan tanah. That was back in April and now rumpun tebu ni dah almost 3 meter tingginya.

Rumpun tebu di halaman depan.
Anak-anak tebu muncul di permukaan tanah.
Batang tebu yang sudah cukup besar.
Melihatkan batangnya yang sudah cukup besar dan menguning, ditambah pula dengan anak-anak tebu yang muncul di pangkalnya, The Gartner tebas sebatang, kupas kulitnya, potong kecil-kecil, masukkan dalam fridge dan biarkan sejuk. Kemudiannya ngapp..memang sedap..teringat semasa kanak-kanak dulu - curi tebu di tepi sekolah then makan sembunyi-sembunyi di tempat buang sampah. Memang best. Hee. The Wife and The Baby pun join sekali. The Baby really happy dapat gigit tebu sampai tak nak lepas sebab sangat juicy dan manis. 

*Petang nanti balik rumah nak tebas lagi sebatang.

Tebu yang sudah dipotong kecil-kecil.
 So tell me, when was the last time you eat tebu like this? :)

5 comments:

  1. salam gartner, last mkn tebu masa form 2, kupas ngan gigi je...lg real...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na..form 2 tu dah berapa tahun lepas?.hee..mesti dah lama kann..hee..saya makan last masa sekolah rendah..

      Delete
  2. Bestnyaaaaa...mcm tu rupanya nak tanam tebu.....tanam dlm pasu mmg tak la kot....tapi skrg susah kan nak jumpa tebu fresh....dpt minum ayaq tebu ja la...hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..memang agak best sebab dah lama tak makan..nak mintak kat brader juai ayaq tebu tu segan laa pulak..hee..

      Delete
  3. last aku makan tebu dekat okinawa bulan 9 hr tu.. haha..lama giler tak makan tebu sekali jumpa kat okinawa.. perghh.. tp tebu malaysia lg sedap kot.. air tebu dia x sesedap tebu malaysia.. haha

    ReplyDelete