Thursday 5 December 2013

Pokok Cili Besar VS Penyakit Kulat Daun

Assalamualaikum.

The Gartner agak kasihan melihatkan pokok cili besar yang dibela berbulan-bulan sampai berbuah tiba-tiba terkena penyakit kulat daun yang serius. Memang diketahui pokok cili besar adalah less resistant to penyakit compared to cili padi  tapi memang dah tak tahu apa perlu dibuat melainkan pastikan pokok dibaja dengan betul dan dapat air yang mencukupi.

Pada permulaan jangkitan, daun akan bertukar warna kepada kuning especially di bahagian tengah daun. Pada ketika ini daun kelihatan seperti kekurangan nutrien tetapi simptom hanya terdapat pada daun yang tertentu sahaja. From my understanding, simptom kekurangan nutrien selalunya melibatkan sebahagian atau keseluruhan pokok dan jarang sekali melibatkan individual leaves.

Pokok Cili Besar yang terkena penyakit kulat daun.
Daun bertukar menjadi kekuningan.
Setelah bertukar menjadi kuning, tompok-tompok hitam berbentuk bulat akan muncul di permukaan daun dan menyebabkan daun kurang segah berbanding daun-daun yang sihat. Pada peringkat yang teruk, daun kemudiannya akan bertukat menjadi kekuningan hingga ke tangkai dan akhirnya gugur.

Tompok-tompok hitam mula kelihatan pada daun.
Daun yang rosak teruk dan bakal gugur.
Walaupun diserang penyakit, pokok tetap mengeluarkan buah dan menghasilkan daun baru. Hopefully the disease will pass soon tapi lebih baik if there's something better to do than wait. Nak pakai racun memang tak mungkin laa. Any advice from fellow gardeners are welcomed.

OK. That's all for now. Thanks.

10 comments:

  1. biasa kalau kena bena putih tu daun jadi keriput,,sembur minyak masa yang di campur air sabun menjadi,,yg ni tak pastilah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi cucubulat..saya pun garu kepala..sabar saja lahh..

      Delete
  2. salam gartner, cili saya pun ada masalah mcm ni jgk...blh cuba tips cucubulat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi @na..insyaalah..kalau next week dia tak OK jugak saya akan cuba..

      Delete
  3. Salam Tarique, takpa janji die bebuah.. daun pun masih banyak yang hijau. Ada baiknya buang daun yg kene kulat tu.. takut berjangkit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdanmanis..thanks..saya dah buang semua daun yang kena kulat tu..sampai togel jadinya pokok tu..hee..

      Delete
  4. Leaf spot..sembur ohn tariq...garlic dan halia...daun kuning yang luruh buang jauh-jauh...siram acct tue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sedo..dah sembur dah..OHN + garlic + halia tapi lepas sembur jadi lagi teruk..semalam baru buang daun..siap gembur tanah dalam-dalam...lepas ni foliar bagi banyak daun balik..pastu kalau tak OK jugak cabut cili tanam tomato..hee..

      Delete
  5. Kalau semut hitam yg suka berkumpul kat daun....cmner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam roslina dahari,

      Selalunya semut berkumpul pada pokok disebabkan adanya kutu daun yang membekalkan manisan kepada semut. Kutu daun ini akan menyerap cairan daripada daun menyebabkannya rosak.

      Kalau tak banyak, cari dan penyet kutu daun yang ada. Semut secara automatik akan hilang. Kalau banyak, letakkan racun semut dan keep on cari dan penyet. Ladybird selalunya akan datang bila kutu daun banyak so make sure semut diracun dulu baru ladybird dapat buat kerjanya.

      Delete