Tuesday 26 November 2013

Goodbye My Jagung

Assalamualaikum.

Pagi semalam tengok Backyard Garden macam agak semak. Pokok jagung yang dah habis berbuah semakin hari semakin kuning dan kering. So, malam semalam operasi clearing dijalankan dengan bersemangatnya.

Before
After
Before
After
Lepas pokok jagung dibuang, kawasan nampak lebih luas dan kemas. Bolehlah tukar tanam pokok lain pula di tempat jagung sebelum ini. Daun-daun jagung yang dah kering pulak diconvert kepada bahan di bawah ini - mulching - to return all the nutrients it took back to the soil. Agak banyak yang diperolehi selepas digunting oleh The Gartner. Walaupun agak penat tapi it's worth it.

Mulching daripada daun jagung yang dipotong kecil-kecil.
Mulching atau sungkupan ini kegunaannya adalah mengurangkan kehilangan air daripada tanah dan juga menghalang pertumbuhan rumpai. Jika ada cacing di dalam tanah, mulching ini akan jadi makanan cacing dan selepas ia reput atau terurai, nutrien akan dikembalikan ke tanah. Prosesnya sebenarnya agak kompleks tetapi begitulah cara mudah to explain it.

2 comments:

  1. jagung saya dah start berjanggut,tak terfikir pulak saya nk jadikan jagung sebagai mulch. boleh la lepas ni jadikan mulch ke pokok jagung saya. terima kasih kongsi maklumat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ibu Qistina..kalau nak nampak lagi cantik..keringkan dulu 2 atau 3 hari then baru letak di pangkal pokok..memang nice..

      Delete