Monday 25 November 2013

Cherry Tomato - #2

Assalamualaikum.

Anak cherry tomato yang ditanam di dalam bekas sudah dipindahkan ke container yang lebih besar. Kapasiti container rasanya 30 L dan dibeli di Tesco semasa promosi, hanya RM 10 satu. The Gartner ada beli 2 biji untuk dibuat menanam pokok. Kebaikan menggunakan container sebesar ini adalah kapasiti air yang boleh ditampung oleh tanah lebih besar jadi pokok tidak mudah kering. Nutrien dan bahan organik pada tanah juga dapat disesuaikan sesedap hati mengikut keperluan pokok yang ditanam. Sekiranya ditanam di dalam pasu, agak sukar dilakukan disebabkan ruang yang terhad.

2 anak tomato ditanam di sebelah kanan bekas dan di bahagian lain dibiarkan kosong. Tujuannya agar senang untuk membaja dan menyelenggara tanah. Akar pokok akan bergerak ke bahagian yang kosong jadi pembajaan hanya dilakukan di kawasan itu. Gambar di bawah ini diambil pada 18 Oktober 2013 dan 6 November 2013. Benih cherry tomato ini disemai pada 13 September 2013 dan selepas sebulan ketinggiannya mencapai 30cm. Pembesaran agak perlahan sewaktu permulaan dan anak pokok perlu disokong dengan pancang to prevent from patah ditiup angin.  Sebulan selepas itu, pokok sudah steady dan pembesaran semakin accelerated.

Cherry Tomato, 18 October 2013
Cherry Tomato, 6 November 2013
Setelah lebih kurang 7 minggu, pokok ini sudah mula berbunga. Mungkin sedikit perlahan tapi it’s all right since we are not chasing for anything. Hee. Bunga tomato berwarna kuning dan ada up to 7 flowers di setiap tangkai. Di dalam gambar kat bawah ni (taken on 6 November 2013) buah dah terbentuk after kelopak bunga luruh. That gets me really excited. Gambar agak sedikit low quality sebab diambil menggunakan camera phone. Lepas ni pakai camera yang canggih sikit lah.


OK. I’ll include more close-up photos in the next post. Rasanya menanam cherry tomato ini sangat exciting. The Gartner ada menanam cili padi dan cili besar juga tetapi the excitement is different. Pokok cili lebih manja dan memerlukan penjagaan yang rapi and there’s too many aspects to be taken care of to make sure pokok cili menjadi sangat produktif. Siapa yang tak nak stress silalah tanam cherry tomato. Hee. 

No comments:

Post a Comment