Thursday 15 May 2014

Cherry Tomato - Di Hujung Nyawa

Assalamualaikum.

Setelah beberapa bulan berkhidmat di Backyard Garden, akhirnya pokok Cherry Tomato yang The Gartner paling sayang mula menunjukkan tanda yang ianya sudah sampai di hujung nyawanya. Listed below are my observations;

1. Penghasilan buah menurun
Pada mulanya, The Gartner noticed yang kadar penghasilan buahnya menurun dengan ketara. Tetapi disebabkan cuaca yang panas, The Gartner anggap ini adalah perkara biasa. tetapi apabila melihatkan pokok yang lebih muda dan lebih kecil daripadanya mengeluarkan buah yang lebih banyak, terbuktilah yang pokok yang berusia hampir 8 bulan ini sudah mula mengalami masalah.

2. Daun yang kecil, berpintal dan terbantut
The Gartner noticed yang daun yang terbentuk pada dahan yang baru mempunyai bentuk yang agak pelik. Daunnya kelihatan lebih kecil dan berpintal-pintal berbanding daun pada pokok yang lebih muda. Masalah ini bukanlah disebabkan oleh masalah kekurangan nutrient atau air kerana kedua-dua pokok ditanam dalam bekas yang sama.

Daun pada pokok Cherry Tomato yang telah tua.
Daun pada pokok Cherry Tomato yang masih muda.
3. Batang yang menggerutu
The Gartner juga perasan yang batang utama pada pokok tomato ini mula mengeluarkan bintil-bintil seperti unjuran akar. The Gartner ingatkan pokok ini kekurangan air tetapi bila melihatkan hampir kesemua batang mengalami keadaan yang sama, ditambah pula bahagian hujung dahan mula layu, The Gartner buat kesimpulan yang something is wrong dengan sistem akarnya. Disebabkan pokok yang lebih muda hidup dengan sihat, sudah tentu masalah ini bukan disebabkan oleh kekurangan air. Sebatang lagi pokok yang ditanam pada masa yang hampir sama, tetapi di dalam tong 20L juga mengalami masalah yang sama.

Bintil seperti unjuran akar pada batang utama pokok Cherry Tomato.
Gambar di bawah pula menunjukkan bahagian hujung dahan mula layu dan mati walaupun telah disiram dengan air secukupnya.

Hujung dahan pokok mula layu.
Hujung dahan pokok yang telah kering walaupun berbuah.
Benih pokok ini disemai pada 26 September 2013 dan buahnya yang pertama dituai pada 10 December 2013.  Alhamdulillah. Setelah hampir 8 bulan akhirnya The Gartner akan retirekan pokok ini. Insyaallah, pokok yang lebih muda yang The Gartner tanam dari keratan batang pokok asal ini berterusan menyambung khidmat induknya di Backyard Garden.

Insyaallah, bila dah cabut dari bekasnya nanti, The Gartner akan updatekan rupa akarnya so boleh kita sama-sama kenalpasti apa yang menjadi masalahnya.

That's all for now. Until laters.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

2 comments:

  1. salam en tarique;
    kira ok jgk tu....saya punya pokok dari awal lg dah jadi lagu....tak tau pasai apa...tepaksa cabut buang!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Pokok baru saya pun ada yang jadi macam ni jugak. Next post saya akan updatekan.

      Delete