Thursday 11 September 2014

Wild Capsicum - 6 September 2014

Assalamualaikum.

Sebelum ini The Gartner pernah ceritakan tentang Wild Capsicum atau Cili Jambak yang sudah mula berbuah (click here to read) di Backyard Garden. Setelah sekian lama menunggu (hampir sebulan), buahnya mula bertukar warna daripada hijau menjadi jingga. Cantik kan?

Wild Capsicum, 6 September 2014
Pada pokok yang satu lagi, buahnya terus membesar dan masih berwarna hijau. The Gartner observed yang pada setiap pokok, sudah mula ada buah-buah yang baru terbentuk pada setiap cabang yang ada. Agak menarik melihatnya walaupun pokoknya tidak sebesar pokok cili biasa.

Wild Capsicum, 6 September 2014
Tengok, pokoknya kecil sahaja dan amat sesuai dijadikan sebagai pokok perhiasan. Sekarang ini ianya ditempatkan di dalam tong yang sebelum ini dihuni oleh pokok cherry tomato. The Gartner plan nak tanam lebih banyak pokok Wild Capsicum ini, tetapi bila memikirkan penyakit-penyakit yang perlu dihadapi, The Gartner pun jadi teragak-agak. Bad thoughts aside, benih baru akan disemai dalam satu atau dua minggu lagi, InsyaAllah.

Wild Capsicum, 6 September 2014
So, sekarang ini just menanti kesemuanya buah yang ada bertukar menjadi jingga. InsyaAllah, The Gartner akan updatekan lagi di kemudian hari.

That's all for now. Thanks.

Gardening Rocks!

12 comments:

  1. Salam,


    Wow wow wow.. tak sabar nak tau rasa dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya pun tak rasa lagi..tak sempat nak harvest lagi..

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Bestnye...cantik sungguh susun atur buahnye mcm thai super chili, pedas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Memang cantik..rasanya belum tahu lagi..dah rasa nanti saya updatekan..

      Delete
  3. salam,,
    berkenan dgn cili jambak ni,,cantik!
    benih beli kt mana en Tarique,,ada yg jual online berbelas2 ringgit,,mcm mahal pulak,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Alhamdulillah. Thanks. Saya beli benih dia kat kedai 2 ringgit. Yang mahal tu mungkin sengaja ambil kesempatan ataupun benihnya banyak..

      Delete
  4. As salam...
    syok nye dah keluar buah berjambak2...pokok kami subur peringkat awl ja...bila bebunga dah berkerinting...gone!!!
    pasni kena try lg...semangat tgk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Alhamdulillah..kalau tak menjadi kena cuba lagi @na..saya lepas ni nak repeat balik cili besar dan cili api..InsyaAllah..

      Delete
  5. Biji utk benih ada tak? Nak beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya akan simpan benih daripada first harvest untuk distribution..tapi saya tak janji lah dia bernas ke tak..heee..nanti dah ada benih saya inform..

      Delete
  6. Salam Tarique,

    Cantik betul cili jambak ni ya! Padanlah org dok sibuk2 kat FB pasal ni. Ada yang jual dgn harga gila2 dan ada yang beli pulak tu! Pedas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak AJi,

      Pedas ke tak belum tahu lagi..tengah tunggu banyak sikit ranum baru petik..ramai orang yang suka ambil kesempatan..padahal sebenarnya harga asal benih tak mahal pun..ada yang mark up harga gila-gila..saya pernah jumpa orang jual benih catnip sampai RM23 sepeket..harga sebenar RM2 saja..

      Delete