Wednesday 10 September 2014

Edible Sunflower - Full Bloom

Assalamualaikum.

Kesibukan melanda sekali lagi sampaikan The Gartner tak sempat nak bercerita di sini seperti selalunya. Alhamdulillah, pada hari ini ada sedikit masa untuk menaip dan susun semula gambar-gambar Backyard Garden yang disnap tetapi tak sempat dimasukkan ke dalam blog.

Pada kali ini The Gartner ingin kongsikan berkenaan pokok Edible Sunflower yang pernah diceritakan sebelum ini. The Gartner sendiri sudah terlupa the exact date pokok ini ditanam disebabkan perangai malas mencatat yang masih bersisa di dalam diri. Hee. So, The Gartner sendiri tak tahu sudah berapa berapa lama pokok ini hidup sehingga mengeluarkan bunga.

Dalam post yang terdahulu, The Gartner pernah tunjukkan yang pokok ini sudah mula mengeluarkan kudup bunganya pada 23 August 2014.

Edible Sunflower, 23 August 2014
Edible Sunflower, 23 August 2014
Seminggu kemudiannya, kudup yang terbentuk semakin membesar. Daripada 4 pokok yang The Gartner tanam, 2 daripadanya dipindahkan ke dalam polybag. One of it telah dijual semasa jualan secara live dijalankan. The other one The Gartner bawa pulang ke rumah dan pada 29 August ianya mula berkembang.

Edible Sunflower, 29 August 2014
Pada masa yang sama, adik-beradiknya yang ditinggalkan di dalam pasu pula masih lagi dalam peringkat kudup. The Gartner pun tak pasti siapa yang lambat, siapa yang cepat.

Edible Sunflower, 29 August 2014
Edible Sunflower, 29 August 2014

Selang beberapa hari, kudup yang sebelum ini kembang hanya separuh akhirnya kembang sepenuhnya. Alhamdulillah. Langsung tak sama dengan gambar pada paket benihnya. Hahaa. This is my first sunflower. Walaupun bunganya simple sahaja, The Gartner tetap excited.

Edible Sunflower, 1 September 2014
Anyway, fast forward satu minggu, pokok yang berdua di dalam pasu pun akhirnya kembang sepenuhnya. Gambar di bawah. The Gartner superbly excited. Excited kuasa lapan. Comel rupanya sunflower ni. Patutlaa ramai rakan-rakan gardener tanam. Hee.

Edible Sunflower, 6 September 2014
Edible Sunflower, 6 September 2014
Edible Sunflower, 6 September 2014
Alhamdulillah, dengan kehadiran bunga-bunga ini, The Gartner mula nampak lebah-lebah kecil berkunjung walaupun tiada bunga pada pokok berbuah yang boleh mereka tolong debungakan. InsyaAllah, more sunflowers coming after this. Haha. Nak jadi Mat Bunga pulak lahh.

That's all for today. Until laters.

Gardening Rocks!

6 comments:

  1. walau pun simple tetap menawan si sunflower ni,,penambah seri edible garden,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..setuju..adanya sunflower memang lebih berseri jadinya..

      Delete
  2. Bunga matahari ni memang cantik, esp bila dh berkembang, memang menjadi penegasan bunga ni lagi2 bila digandingkan dgn bunga2 yg lain...so charming!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa..setuju sangat..lepas ni nak cuba tanam ramai-ramai pulak..hehee..

      Delete
  3. baca n3 ni teringat edible snflower seeds yg masih ada dlm stok tk tnm2 lg....
    kalu bebunga semo tu...meriah laman...tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya terlintas nak beli seeds dan tanam sunflower ni selepas baca entry @na yang lepas-lepas..sebelum ni memang tak berminat..bila dah tanam rasa best laa pulak..pagi tadi check dah nampak seeds kat pangkal bunga..lepas ni tanam ramai-ramai bagi meletup laman rumah..hahaa..

      Delete