Friday 19 September 2014

Edible Sunflower - Biji Benih

Assalamualaikum,

The Gartner masih lagi dilanda kesibukan sampai tak sempat nak buat entry baru. Di Backyard Garden juga tak banyak benda yang menarik untuk dikongsikan. Sekarang ini tumpuan lebih diberikan kepada penyediaan stock untuk jualan live sampai terlepas nak tanam pokok untuk kegunaan sendiri. Setelah difikirkan, The Gartner buat keputusan untuk buka booth setiap dua minggu. Therefore, tak lah rushing sangat dan lebih masa untuk concentrate on gardening. Lagipun, masih banyak benih yang belum disemai. InsyaAllah, lepas ni The Gartner nak tanam semula Cili Besar dan Cili Padi. Apart from that, semaikan lebih banyak benih Wild Capsicum dan bunga matahari.

Gambar di bawah adalah tampuk Edible Sunflower daripada pokok yang pertama berbunga. Setelah ianya kering, The Gartner pun cabutkan dan belek-belek sebelum korek keluar benih-benih yang terhasil.

Bunga Edible Sunflower yang telah kering.
Subhanallah. Unik sungguh rupanya ciptaan Allah ini. Di sebalik unjuran-unjuran stigma tersembunyi biji-biji kuaci yang tersusun rapi. The Gartner pula memang penggemar kuaci, especially masa tengah drive.  Hahaa..tak ada kena mengena.

Close-up bunga Edible Sunflower.
Setelah dibersihkan, terserlahlah biji benih yang kelihatannya sangat berpotensi untuk menjadi pokok-pokok baru di Backyard Garden. The Gartner pun sangat excited.

Biji benih (kuaci) yang terhasil pada tampuk bunga.
Tetapi, setelah dikorek-korek, hampir kesemuanya biji kuaci rupa-rupanya sarung sahaja. Isinya tiada. Yang berisi pula hanya beberapa biji sahaja. Hahaa. Alhamdulillah, syukur at least ada juga something untuk disemai semula.

Ada lagi 2 kuntum bunga yang belum dikorek. Hopefully biji benih yang berisi lebih banyak. InsyaAllah.

OK. Just a short one for today. Thanks for reading.

Gardening Rocks!
 

8 comments:

  1. Salam en tarique..
    Seronoknya..kuaci kami panggil kacang ralit.mmg ralit sungguh bila mkn.lps ni kena bljr buat kuaci home made la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cucubulat,

      Nak buat kuaci tapi yang berisi sikit sangat..kena cuba lagi lain kali..hee..

      Delete
  2. Ooo sy fikir biji benih diambil bila kuntum bunga tu betul-betul kering garing...yg masih hijau mcm ni pun boleh ambil..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..saya main belasah saja ambik awal sebab malas nak tunggu..hee..lagipun sekarang tengah hujan so petik siap-siap sebab tak nak dia berkulat..

      Delete
  3. Bestnye bunga sunflower tu dpt hasilkan benih, dlu Julie tanam sunflower hujung bln November & guess what, x seeds pun dlm tampuk bunga, maybe tanam sunflower ni x bleh time musim tengkujuh kot, any idea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak sure. Sebabnya, bunga kedua yang saya petik pun tak menjadi juga benihnya. Separuh ada separuh lagi kosong. InsyaAllah, nanti saya kongsikan gambarnya.

      Delete
  4. Salam Tarique,

    Ingatkan biji benihnya penuh, rupanya ada juga yang kosong ya! Betullah, cantik kuacinya tersusun rapi! Mak Aji punya sunflower merah tak tersemai-semai lagi, terbantut sekejap dek kena Denggi. Insya-Allah sehari dua lagi nak turun ke laman kembali, sambung projek terbengkalai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,

      Semoga Mak Aji sembuh seperti sediakala. Kena tanam sunflower ni. Saya pun ada beberapa jenis tapi belum sempat nak disemai.

      Delete