Tuesday 3 December 2013

Tumbuh Walaupun Tak Ditanam - #2

Assalamualaikum.

Pokok yang tumbuh walaupun tak ditanam untuk diintroducekan kali ini adalah pokok di dalam gambar di bawah ini. Pokok ini selalunya tumbuh di tepi-tepi jalan especially kawasan berpasir ataupun di celah-celah rekahan. Ada juga yang tumbuh di dalam longkang yang mempunyai banyak mendapan di bawahnya. Kenal tak?

Pokok Kucing Galak.
Close-up daun Pokok Kucing Galak.
The Gartner kenal pokok ni dengan nama Kucing Galak (Acalypha indica). Walaupun pokok ini kelihatan seperti rumpai, ia sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Ia juga mempunyai kesan seperti pokok catnip dan disebabkan itu akarnya sangat digemari oleh kucing. Kalau diberi akarnya pada kucing, nescaya bergolek-goleklah ia sambil melelehkan air liur dan julinglah matanya tak sedarkan diri kekhayalan. Kiranya pokok ini bagaikan ganja dan juga air ketum kepada kaum kucing. Hee.

Bunga pada Pokok Kucing Galak.

The Gartner tak pernah cuba makan atau menggunakan pokok ini untuk apa-apa tujuan perubatan tetapi melalui bacaan di blog-blog lain, antara khasiatnya yang selalu diperkatakan adalah rawatan untuk lepas wanita bersalin, penyakit sengal tulang, menguatkan tenaga batin, penyakit kulit seperti kurap dan kudis, sakit badan akibat terlebih rembesan hempedu, kecacingan dan sebagai julap. Boleh rujuk kepada link ini dan ini. (MARDI dan Petua Sejagat)

However, Pusat Racun Negara ada mengeluarkan artikel yang mengatakan pokok ini boleh menjadi beracun sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak. So, jangan pandai-pandai. Cari kucing seekor, cabut pokok ni sebatang, bagi akar kat kucing, lepas tu layan tengok dia golek-golek. Hee.

OK. That's all for now. Until later. Thanks.

2 comments:

  1. salam...
    pokok ni selalu Nampak kat laman rumah....ingat rumpai biasa...selalunya cabut buang...rugi kan? tq 4de info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na..sama-sama..memang ramai tak kenal pokok ni..kalau bagi kat kucing memang endless hours of fun tengok dia bergomol dengan akar tu..kikiki..

      Delete