Sunday 18 May 2014

Tips Menanam dan Penjagaan - Cherry Tomato

Assalamualaikum.

Following the request daripada beberapa orang kawan, kali ini The Gartner ingin kongsikan beberapa tips untuk menanam cherry tomato dan cara-cara menjaganya. Setakat ini The Gartner telah berjaya menanam beberapa jenis cherry tomato dan hasilnya juga agak memuaskan.

My first bunch of cherry tomatoes.
The Gartner pernah kongsikan beberapa tips dalam post yang terdahulu (click here to read), tetapi kali ini I'll get into more details.

Benih / Anak Pokok

Pokok cherry tomato boleh ditanam daripada biji benih atau keratan batang. Terdapat berbagai jenis cherry tomato yang sesuai di tanam walaupun cuaca di negara kita agak panas. Biji benih boleh  dibeli secara online atau gunakan saja benih yang diambil daripada cherry tomato yang dibeli di pasaraya. Tapi, since kebanyakan buah yang dijual di pasaraya was packed before the fruit is well-ripened, biji benih yang ada mungkin kurang kadar percambahannya.

Menyemai benih

Benih cherry tomato boleh disemai terus ke dalam bekas menanam atau dicambahkan dulu di bekas yang lebih kecil kemudian dipindahkan ke bekas yang lebih besar. Bergantung kepada jenis, benih akan bercambah dalam masa 3 hingga 7 hari. Anak pokok cherry tomato boleh dipindahkan setelah ianya mempunyai 3 atau 4 set daun. Pindahkan anak pokok yang tegap dan paling besar sahaja. Anak pokok yang tidak cukup besar perlu dibuang kerana kadar pertumbuhannya will be affected later.

Anak tomato dalam bekas semaian.
Bekas Menanam

Cherry tomato boleh ditanam terus di atas tanah, di dalam pasu atau di dalam bekas yang besar. From my observation, menggunakan bekas yang besar (In my case, I'm using a 45L container) membolehkan beberapa pokok dimasukkan dalam satu bekas. Disebabkan oleh kuantiti tanah yang besar, kadar simpanan air juga lebih banyak jadi pokok dapat bertahan walaupun tidak disiram selama 1 atau 2 hari. Gunakan bekas yang dalam kerana pokok cherry tomato mempunyai akar yang panjang. 

Pokok Cherry Tomato yang ditanam dalam bekas besar.
Menanam di dalam bekas juga adalah lebih mudah bagi kita untuk menambah atau adjust nutrient yang perlu dibekalkan kepada pokok berbanding menanam terus di atas tanah. Bekas juga perlu diletakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari sepanjang hari.

Tanah

The Gartner sendiri tidak menggunakan apa-apa tanah yang special. Cukup sekadar tanah biasa yang boleh didapati di nurseri dan campurkan dengan sedikit kompos dan juga baja organik seperti baja tahi ayam atau tahi kambing. Tanah yang The Gartner gunakan adalah tanah yang dikorek di tepi jalan sahaja. Kemudiannya The Gartner campurkan dengan pasir dan kompos dengan nisbah 3:1:1. Baja organik pula dicampur ikut sedap hati saja. Hehee.

Pada permulaannya, bekas menanam hanya dimasukkan separuh penuh dengan tanah. Apabila pokok semakin membesar, akan ada unjuran akar pada pangkal pokok. Tanah perlu ditambah secara beransur-ansur sehingga penuh.

Unjuran akar pada pangkal pokok cherry tomato.
Persediaan tanah sebenarnya adalah perkara yang paling penting dalam menanam apa-apa tumbuhan. Sebaiknya, tanah yang telah dicampurkan dengan kompos dan baja tadi dibiarkan selama satu atau dua minggu sebelum anak pokok dipindahkan ke dalamnya. Insyaallah, The Gartner akan kongsikan tips penyediaan tanah pada kesempatan lain.

Menyiram

Apa yang The Gartner praktikkan adalah menyiram pokok sebanyak 2 kali sehari. Kali pertama, di waktu pagi dan kali kedua pada waktu petang. Siraman pada waktu petang hanyalah secara ringan untuk memulihkan pokok sekiranya cuaca terlalu panas. Bekas menanam perlu dipastikan mempunyai saliran yang baik untuk mengelakkan berlakunya reput akar. 

Pokok cherry tomato perlu dipastikan mempunyai air yang mencukupi terutamanya semasa ianya sedang berbunga dan mula berbuah. Sekiranya kekurangan air, bunga akan luruh dan menyebabkan ia tidak berbuah.

Pembajaan

Baja yang The Gartner gunakan adalah pellet tahi ayam dan juga pellet NPK 12:12:17: TE ataupun dikenali dengan nama baja biru atau baja buah. Baja ini boleh didapati di kebanyakan nurseri atau kedai-kedai. Tanah di dalam bekas juga perlu ditambah dengan kompos from time to time. Mulching juga boleh digunakan untuk membekalkan nutrient secara slow release dan mengekalkan kelembapan tanah. Sekiranya ada cacing tanah, masukkan beberapa ekor ke dalam bekas tanaman. They will work for you without any pay. Hehee.

Penjagaan
  1. Staking/Pancang - Pokok cherry perlu sentiasa dipastikan agar tegak atau upright to reduce its width dan agar ia lebih terdedah kepada cahaya matahari. The Gartner hanya gunakan pancang dan ikat batang pokok dengan tali rafia. Pokok juga boleh disandarkan pada pagar. Jangan pancang terlalu tinggi, cukup sekadar pada ketinggian yang easy to be managed.
  2. Pruning/Memangkas - Frankly speaking, I'm not good at pruning. Sebenarnya, pokok cherry tomato tak perlu dipangkas sekiranya nutrient yang dibekalkan kepada pokok adalah mencukupi. Pangkas bahagian yang mengganggu atau terlalu semak sekiranya perlu.
  3. Menguruskan pokok - Daun yang telah kering pada batang pokok cherry tomato perlu dibuang. Apa yang The Gartner buat adalah gunting daun yang telah kering dan longokkan di pangkal pokok - instant mulcing. Daun kering yang dibiarkan pada pokok akan mengurangkan aliran udara di sekitar pokok dan juga membuatkan pokok anda kurang stylo.
  4. Serangga perosak - Setakat ini, serangga perosak yang The Gartner encounter adalah mealy bug - yang betina berwarna putih dan berbulu tetapi tidak boleh terbang, yang jantan juga berwarna putih tetapi lebih kecial dan berterbangan apabila pokok digoncang. Untuk mengelakkan serangannya, pastikan pokok dalam keadaan sihat dan dibekalkan air yang mencukupi. Ada juga ladybird yang suka makan daun tomato. Sekiranya dijumpai, sila penyet. 
  5. Plant Disease/Penyakit - Tanaman tomato selalunya akan diserang penyakit layu (fusarium wilt, verticulum wilt) yang menyebabkan pokok terus mati. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria yang ada di dalam tanah. Simptom penyakit ini adalah pokok akan layu walaupun dibekalkan dengan air yang mencukupi. Kadangkala hanya sebelah pokok akan layu dan keesokkan harinya sebelah lagi pula akan layu. Sekiranya pokok dijangkiti penyakit ini, cabut dengan kadar segera dan buang jauh-jauh atau bakar. Seterusnya, berdoa banyak-banyak agar pokok lain tidak dijangkiti. Untuk mengelakkan penyakit ini, tanam varieti tomato yang tahan serangan atau practice crop-rotation (tanam pokok lain selepas menanam tomato). The Gartner akan ceritakan pengalaman menghadapi penyakit ini dengan lebih lanjut pada kesempatan lain.
  6. Nutrient Tambahan - Semburkan larutan epsom salt pada keseluruhan bahagian pokok setiap minggu (satu sudu kecil : 1.5L air). Semburan dilakukan pada waktu malam supaya pokok dapat menyerap nutrien secukupnya. Epsom salt membekalkan pokok dengan unsur magnesium dan juga sulfur yang mudah hilang daripada tanah. Taburkan juga sedikit pada pangkal pokok from time to time. Siraman air beras atau ikan boleh juga dilakukan but don't get too fancy dengan campuran susu dan bahan-bahan busuk lain kerana ditakuti boleh menyebabkan bakteria penyakit yang berada di dalam tanah menjadi aktif.
Insyallah, diharapkan kawan-kawan mendapat manfaat daripada apa yang telah dikongsikan. Boleh cuba dan lihat perubahan yang berlaku. Hopefully your cherry tomatoes will fruit merrily.

The colours of joy!
Thanks for reading. Gardening Rocks!

17 comments:

  1. salam,
    tima kasih berkongsi tips ini...hrp2 pasni tomato cherry saya menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Sama-sama. Insyaallah menjadi.

      Delete
  2. Salam Tarique,

    Geram tengok cherry tomatoes tu! Mak Aji belum semai lagi benih yang ada - naklah juga yang semacam ini!Terima kasih atas petua yang cukup bermanfaat! Baca sambil gelak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,

      Thanks for reading. Semai..jangan tak semai..saya pun semai anak benih baru semalam..nak repeat balik tanam jenis Yellow Pear..

      Delete
  3. Problem saya yng no 5 tuu....pokok semua habis layu, satu batas tomato kena jangkitan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sud@is,

      Saya pun tengah melayan serangan sekarang ni..dah 2 3 pokok kena cabut..

      Delete
  4. Tq kongsi disini, saya akan singgah lagi untuk mengetahui perkongsian ilmu seterusnya tentang tomato ceri..tq2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Saya juga masih belajar. Banyak lagi yang saya akan kongsikan, Insyaallah.

      Delete
  5. wah.... tq atas info... sy baru nak tanam cherry tomato ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Jom menanam cherry tomato. Best woo..

      Delete
  6. Thank you for the info. Pokok tomato tak layu ke kena panas terik? Di rumah saya , saya tanam Tomato king kong di dalam vases. Walaupun saya siram dua kali sehari, daun daun kerap kali layu dan ada yang terbakar. Jadi saya pindah ke kawasan yang terlindung dan dapat indirect sunlight sebab kesian kat pokok dan takut buah buah akan crack bila terhasil nanti. Adakah ini akan mengganggu produksi buah sebab dapat indirect sunlight sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Raveena,

      Saya rasa since awak tanam dalam pasu, it is better to put it under the sun indirectly. Ada jenis tomato yang tak tahan panas dan layu bila cuaca terlalu panas. I think it should be OK dan produksi buah juga tidak akan terganggu. No use jugak kan kalau buah banyak tapi semuanya crack, right?..hee..

      Delete
    2. Hi Tarique, sorry lambat to thank you for the feedback. Saya dah move tomato plants ke tempat yang dapat indirect sun tapi still because of el nino , daun bergulung gulung, Putik bunga asyik gugur je.Too bad la environmet saya tak boleh nak control.After this I am planning to get black net to provide more shade. Ada buah yang lekat tapi tak membesar pun. :-(

      Delete
  7. Hari ni baru semai biji benih tomato cherry..we will see the result..tumbuh ke mampos..

    ReplyDelete
  8. Umm ladybird tu bukan makan aphids dan mealyugs?

    ReplyDelete
  9. Pokok tomato yg saya tanam tu batang nye x tebal. Keding je. Tapi baru je tanam dalam waktu pkp hritu. Ade masalah ke kali mcmtu

    ReplyDelete
  10. bila waktu terbaik tuai buah t.ceri sblum masak merah

    ReplyDelete