Sunday 15 June 2014

Larva Kumbang Kura-kura

Assalamualaikum.

Pada kali ini The Gartner would like to share some information berkenaan serangga perosak yang telah memusnahkan tanaman Cherry Tomato di Backyard Garden. Serangga yang dimaksudkan adalah larva kumbang kura-kura ataupun larva ladybird.

Daripada pembacaan di internet, larva kumbang kura-kura ini selalunya menyerang tanaman seperti tomato, kentang dan juga terung. Kebanyakan ladybird memakan serangga lain (karnivor) tetapi ada juga beberapa jenis yang hanya makan tumbuh-tumbuhan (herbivor). Jenis inilah yang memberi masalah kepada gardeners.

Larva kumbang kura-kura pada daun pokok tomato.
Ladybird dari jenis karnivor sangat bagus sekiranya ada di kebun kerana ianya boleh mengawal populasi serangga perosak seperti aphids. Selalunya, apabila aphids mula menyerang, ladybird ini akan muncul dengan sendirinya. So, sekiranya terjumpa, pastikan dahulu ianya dari jenis karnivor atau herbivor. Karnivor - biarkan sahaja. Herbivor - tangkap dan penyet as soon as possible.

So, macam mana nak tahu ianya dari jenis karnivor atau herbivor? Tangkap masa dia tengah makan. Hee. Kalau nampak daun dah berlubang-lubang macam dalam gambar di bawah ni maksudnya dia jenis herbivor.

Larva kumbang kura-kura memakan daun pokok tomato.
Ladybird ini selalunya akan bertelur di bahagian bawah daun dan dalam kelompok yang berwana kuning. Apabila sudah menetas, larvanya akan mula memakan daun pada bahagian bawah. Apabila ianya semakin besar, ia akan berpindah ke bahagian atas daun. Selepas beberapa minggu, ianya akan bertukar menjadi pupa. Selepas fasa pupa, ianya akan bertukar menjadi ladybird dewasa.

Apa yang The Gartner observe, larva ini hanya makan bahagian yang lembut pada daun pokok. Bahagian yang keras seperti urat daun tidak dimakan. As a result, daun yang dimakan menjadi buruk dan kemudiannya kering. Disebabkan ianya suka bersembunyi di bahagian bawah daun, agak sukar untuk mencarinya. Sedar sahaja daun sudah tinggal rangka.

Daun yang rosak disebabkan oleh larva kumbang kura-kura.
The Gartner cuba sembur keseluruhan pokok dengan larutan air sabun tetapi tak berjaya membunuh kesemua larva yang ada. Mungkin disebabkan ianya pandai bersembunyi. Jadi, semburan perlu dibuat beberapa kali. 

Ada yang memberi cadangan untuk gunakan semburan daun neem, but since all my tomatoes dah teruk diserang, The Gartner tak ada pilihan lain yang boleh diambil kecuali cabut kesemua pokok yang ada. Insyaallah, next time cuba lagi.

So, kalau nampak serangga seperti ini, please be aware. Bukan semua ladybird is beneficial to your garden. Kalau ternampak, make sure dulu ianya dari jenis karnivor atau herbivor.

OK. Thanks for reading. Until laters. Gardening Rocks!

4 comments: