Thursday 13 March 2014

Backyard Garden Update - 8 March 2014

Assalamualaikum.

Last week The Gartner ambil cuti pada hari Jumaat dan temankan The Wife ke team-building di Port Dickson, jadi Backyard Garden ditinggalkan tanpa tuan selama 2 hari. Cuaca di Kajang masih lagi kering, so The Gartner hanya berharap kesemua pokok dapat survive sendiri sebab tak ada orang nak tolong siramkan.

Sampai sahaja ke rumah pada petang Sabtu, terus The Gartner ke belakang rumah to check the condition of all the plants. Hmm..almost kesemuanya layu kehausan. Tanah di dalam bekas pun sudah mula caking disebabkan cuaca yang terlalu panas. Cepat-cepat The Gartner bagi semua minum sebelum snap gambar-gambar kat bawah ni.

Kailan & pak choy layu, kobis cina steady saja.
Pak Choy yang kelayuan.
Surprisingly, anak Tomato Cherry Red dalam container 20L dan 45L steady sahaja walaupun tanah dah kering kontang. Actually, sepanjang di PD, the 4 of them yang paling The Gartner risaukan sekali disebabkan masih kecil. Tak sangka pula semuanya selamba sahaja melayan kemarau.

Tomato Cherry Red, 8 March 2014
Tomato Cherry Red, 8 March 2014
Tomato Cherry XX juga masih steady walaupun tanah di dalam bekas 5L sudah mulai caking dan merekah. Melihatkan pada saiznya, most of them dah bersedia untuk dipindahkan ke bekas yang lebih besar. The Gartner saja yang tak ada masa nak mix tanah to put them all in.

Tomato Cherry XX, 8 March 2014
Pokok Tomato XX bukan sahaja layu, tetapi patah ditiup angin. Bertambah malaslah The Gartner nak teruskan usaha menjaga pokok ini untuk berbuah sekali lagi. Asyik berbunga sahaja tetapi tak pernah ada buah baru yang terbentuk.

Cherry Tomato masih bertahan walaupun banyak daun yang telah bertukar perang dan kekeringan. Alhamdulillah, banyak buah yang telah masak. Cepat-cepat The Gartner petik kesemuanya untuk mengurangkan stress pada pokok.

Pokok Tomato XX patah ditiup angin kencang.
Cherry Tomato yang kekeringan.
Di bawah sini are some of the tomatoes yang sudah masak dan bergantungan di pagar. Hopefully, pokok-pokok tomato lain yang sedang membesar di Backyard Garden pun akan sama berhasil seperti pokok ini.

Ada yang bertanya kepada The Gartner, apa yang perlu dibuat agar pokok tomato galak berbunga dan berbuah. Insyaallah, nanti The Gartner akan kongsikan. Sebenarnya memang ada main tipu sikit. Tapi The Gartner akan ceritakan kesemuanya nanti. Hee.

Cherry Tomato masak ranum.
Cherry Tomato, 8 March 2014
So, in total, 55 biji cherry tomato dipetik in one go. So far, inilah harvest yang paling banyak sekali sepanjang The Gartner menanam Cherry Tomato ini. Gambar di bawah explains everything. The Wife pun terkejut sebab banyak sangat, selalunya 3 atau 4 kali petik baru dapat sebanyak ini. Alhamdulillah.

All Tomato Harvest - 8 March2014
OK. That's all for now.

Tips on hacking your tomato plants akan dishare kemudian. Haha.

Until later. Gardening Rocks.

2 comments:

  1. Salam, lebatnya buah tomato tu.. Berjuntai mcm anggur.. Apa rahsianya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Afiqahliyana,

      Tak ada rahsia sangat pun..hahaa..nanti saya updatekan tips untuk tanaman tomato. Masih dalam pembikinan. Stay tuned..

      Delete