Sunday, 2 March 2014

My Tomatoes Update - 27 February 2014

Assalamualaikum.

This is apa yang tertinggal daripada pokok cherry tomato yang merimbun sebelum ini. Sebelum ini, The Gartner boleh dapat up around 6-8 biji tomato pada setiap tangkai namun begitu kadar penghasilan buah sudah semakin menurun. However, this week there's some positive indication yang productionnya semakin meningkat. 

Bunga tomato yang sebelum ini tumbuh hanya satu atau dua pada setiap tangkai sudah mula menampakkan perubahan. Pada tangkai-tangkai yang baru, tangkai-tangkai dengan 7-8 kuntum bunga sudah mula kelihatan. Hopefully most of it could set fruit despite this unforgiving weather.

Cherry Tomato, 27 February 2014
Bunga baru pada pokok cherry tomato.
Semasa observe tangkai-tangkai yang telah berbuah, ternampak seekor mealybug cuba menempatkan diri di Backyard Garden. Cepat-cepat The Gartner ambil dan penyetkan. Hee. So, kena perhatikan juga mealybugs ini so kalau ada infestation dapat dikawal dari peringkat awal.

Bunga cherry tomato pada tangkai baru.
Mealybugs mencuba untuk infest cherry tomato.
So, this is my Yellow Pear Cherry Tomato yang baru belajar berbunga. I'm hoping to see some fruits just to make sure it really is a Yellow Pear, bukannya cherry tomato jenis lain. Daripada review yang The Gartner baca, cherry tomato daripada jenis ini kurang sedap rasanya tetapi ditanam disebabkan bentuknya yang comel. However, ada juga yang sukakan rasanya dan different opinion diterima, mungkin kerana rasa buahnya dipengaruhi tanah dan juga cuaca di mana ianya ditanam.

Yellow Pear Cherry Tomato, 27 February 2014
Bunga pada pokok Yellow Pear Cherry Tomato.
Di dalam bekas semaian, anak anak Tomato Cherry XX semakin membesar. Ada dua tiga anak pokok yang nampak agak berpotensi untuk dipindahkan ke bekas yang lebih besar. The Gartner nak kena tunggu a few more days dan prepare bekas yang sepatutnya.

To my surprise, Sungold Cherry Tomato yang disemai untuk kali ke-tiga sudah mula bercambah. Ada 3 anak pokok yang muncul selepas The Gartner putus asa sudah. Haha. Alhamdulillah. Rezeki daripada Allah. 

Apart from that, ada satu pokok Black Eyed Peas daripada pek kacang yang The Gartner belikan untuk The Baby juga tumbuh. Asalnya, sebiji kacang jatuh ke lantai dan terbiar semalaman so bila The Gartner terjumpa esoknya, The Gartner cucukkan ke dalam tanah semaian Sungold disebabkan sudah frust. Tak sangka pula anak pokok kacang dan anak pokok tomato tumbuh serentak. Haha.

Tomato Cherry XX, 27 February 2014
Sungold Cherry Tomato, 27 February 2014
Anak pokok Tomato XX yang dipindah ke tanah pula semakin membesar bersama-sama kawan-kawan bendinya. Tapi, apa yang peliknya, anak tomato yang disembur dengan baja foliar macam terbantut pula dibandingkan dengan kawannya yang tak disembur. Mungkin juga disebabkan pokok yang lebih besar itu dipindahkan lebih awal 2-3 hari. I'm not really sure, mungkin juga baja foliarku sudah expired.

As for my Mini Cucumber, The Gartner rasa macam perlu abort disebabkan kadar pertumbuhan yang sangat tidak menggalakkan. Mungkin lepas ini The Gartner perlu cuba tanam di dalam container pula. Tempatnya di atas tanah pula mungkin to be taken over by my Red Cherry Tomato.

Anak Tomato XX in between pangkal pokok bendi.
Mini Cucumber yang tak menjadi.
So, that's all for now. Just to capture the progress of my beloved tomatoes. Haha.

OK. Thanks for reading. Gardening Rocks!

2 comments:

  1. salam Tarique, jeles nyer tgk tomato tu, subur betui... daun dan bunga tomato saya selalu kerepot...any tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na..tips saya menanam tomato ada di sini - http://backyardgartner.blogspot.com/2013/12/cherry-tomato-6.html

      Delete