Friday 7 March 2014

Backyard Garden Update - 5 March 2014

Assalamualaikum.

Minggu pertama bulan Mac ini agak sibuk sampaikan The Gartner tak sempat nak update what have happened the week before.

Last weekend, hujan finally turun di kawasan rumah The Gartner, terlalu lebat berserta angin kuat sampaikan pokok Tomato XX tumbang ke tanah disebabkan pancang yang telah reput. Since pokok yang tumbang itu memang tidak pernah berbuah, terus The Gartner abortkan sahaja. Setelah berkira-kira, kedua-dua pokok di dalam tong styrofoam akhirnya dicabut dan digantikan dengan pokok cili bara dari container 45L. 2 biji buah tomato yang belum masak dipetik dari salah satu pokok yang dicabut.

Pokok Tomato XX yang tumbang.
Pokok Cili Bara menggantikan Tomato XX.
Container 45L pula diisikan dengan 2 anak pokok Tomato Cherry Red. Pokok Kacang Panjang Renek yang tumbuh sendiri di dalam container 45L dibiarkan hidup bersama-sama anak pokok tomato. 2 lagi anak pokok Tomato Cherry Red ditanam di dalam bekas 20L. Hopefully all of them menjadi sama seperti Cherry Tomato yang sedia ada di Backyard Garden. The Gartner akan updatekan their condition from time to time.

Anak pokok Tomato Cherry Red dalam container 45L.
Anak pokok Tomato Cherry Red dalam bekas 20L.
Raised bed yang sebelum ini occupied by anak-anak pak choy di kedua-dua belah, The Gartner kemaskan dan pindahkan supaya penuh di satu bahagian sahaja. Bahagian yang kosong kemudiaannya dibaja semula - menunggu penghuni baru yang The Gartner sendiri belum pasti.

Raised bed yang telah dikemaskan.
Anak pak choy ditanam bersama-sama pak choy tua.
Pokok Cherry tomato jenis Yellow Pear yang sebelum ini mula berbunga tiba-tiba sahaja layu. Pokok-pokok di sekelilingnya pula sihat-sihat sahaja. Tanah di dalam besen juga dalam keadaan lembab jadi memang tidak mungkin pokok layu disebabkan oleh kekurangan air. Bila diperiksa pada bahagian batang dan juga akar, juga tiada sebarang tanda kerosakan atau serangan perosak jadi The Gartner suspect yang pokok ini telah diserang verticillium wilt, tapi entahlah. So, cepat-cepat The Gartner cabut dan buang pokok ini.

Bunga yang terbentuk sebelum ini telah berhasil menjadi buah yang masih kecil. Cuba perhatikan bentuknya yang seakan-akan pear yang kecil. This is why ianya dipanggil Yellow Pear - ketika masak, warnanya akan menjadi kuning dan bentuknya seperti buah pear yang comel. Memang bukan rezeki The Gartner kali ini untuk menjaga pokok Yellow Pear ini. Anyway, tanam lagi lah..benih pun banyak lagi. Hee.

Pokok Yellow Pear yang tiba-tiba layu.
Putik buah tomato yang terhasil pada tangkai bunga.
Buah Yellow Pear yang masih kecil.
Bahagian akar dan batang pokok dalam keadaan baik.
Pada 26 February, adik perempuan The Gartner singgah di rumah, jadi sedikit pak choy dituai untuk santapan makan malam. Memang best dapat makan hasil tanaman sendiri. Paling best ialah dapat pilih dan potong sendiri daun yang cantik-cantik dan gemuk-gemuk. Kalau di kedai, kena terima sahaja apa yang ada. Hee.

My Harvest, 26 February 2014
Throughout the week, buah cherry tomato sudah mula masak ranum and on 2 March, The Gartner petik mana yang sudah masak bersama-sama cili bara, tomato XX yang tumbang dan juga sebiji bendi dari pokok yang baru dipangkas.

My Harvest, 2 March 2014
So, that's all for now. Until later.

Thanks for reading. Gardening Rocks.

3 comments:

  1. Kenapa tak potong satu rumpun terus pak choy tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Honey..potong daun yang cukup besar saja..yang kecik bila dah besar baru potong..kalau terus potong satu rumpun nak kena tanam lagi..heee..

      Delete
    2. Haha ye tak ye lah.. So that tak payah tanam lagi ek. Ingat kena potong habis sebab dia tak akan tumbuh lagi.

      Delete